Minggu lepas ana sekeluarga baru balik bercuti ke Cameron Highland. Cameron lagi, laa dah ke situ sahaja yang mampu kami bercuti ke tempat sejuk. Nak ke oversea belum di rezekikanNya lagi. Tapi percutian kali ini juga tidak kurang seronoknya, cuma ana belum berkesempatan nak update di blog picisan kesayangan ana ni. In Shaa Allah, sikit hari lagi naa ✌✌

Dah nama lagi pii Cameron Highland, buah strawberri antara yang wajib di beli. Rezeki kami juga yang dimurahkanNya, kali ini buah strawberri di sana memang murah-murah harganya. Di Kea Farm ana membeli selonggok besar cuma RM15, bila  isi ke dalam kotak, dapat 6 kotak besar, gemuk-gemuk pula buahnya. Kemudian kami ke pasar malam, 5 kotak cuma RM10. Sakan lah beli strawberri bawa balik dan ana berikan kepada jiran dan BFF ana, Nonie. Seronok budak-budak makan stoberi kan.




Ada lebihan bawa balik rumah, dah tak tahu nak makan macam mana, Kak Long tanya ana macam mana nak buat jus buah strawberri. Ana pun bagitahu dia , sama je lah macam kita buat jus mulberry hari tu. Ermmm.. dah dah siap meh laa kita kongsikan di sini semoga memnberi idea untuk mereka yang juga tak tahu nak buat apa dengan buah strawberri yang dah banyak tu. Kalau simpan lama-lama buah strawberri ni pun cepat rosak kan. 

Jus buah strawberri segar 




1. Bersihkan buah strawberri , belah dua dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan gula mengikut nisbah yang sesuai dengan jumlah buah strawberri yang ada. 




2. Didihkan dalam periuk bersama air secukupnya dengan api perlahan dan kacau agar ia tidak membuak. 

3. Bila dah hancur buah strawberri dan mendidih, padamkan api dan sejukkan seketika. 

4. Bila sejuk baharu lah di masukkan ke dalam blender, blend kan dan tapis jusnya. 



10 Comments

  1. Sedapnya. Ni kalau campur dalam ESP, tambah susu dengan ais lepas tu blend, perghhhhh!!! >.<

    ReplyDelete
  2. sedapnya bila minum jus fresh macamni :D

    ReplyDelete
  3. sedapnya air ni, rasa segar je tekak melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nak nak lagi time musim panas lit lit ni kan Bro :)

      Delete
  4. Fuh, dah lama tak makan strawberry

    ReplyDelete
  5. Kak Anaaaa next time tambah ice cream soda peeergh berganda2 sedap =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh okay CT, haah kan macam bandung soda pun sodapkan :) Tq CT berkongsi tips kesedapan berganda hehe

      Delete