Tips Pilih Buah Durian Yang Elok Isinya
Ketika entri ini di terbitkan, buat masa ini memang musim durian. Lambakan buah durian sehingga ada yang menyatakan harga durian sekarang ni murah-murah. Namun bagi ana, selagi buah durian di jual secara timbang kilo ni, ia masih mahal lagi lah. Bukan apa, kita membayar sekali dengan harga berat kulit dan biji duriannya. Sedang yang hanya boleh di makan cuma isinya. Namun itulah hakikat kehidupan hari ini, harga yang naik nak turun amat payah sekali. Semua pun ingin mengaut keuntungan yang besar kan.
Berbeza dengan dahulu, durian di jual ikut biji dan longgok. Nak nak lagi kalau durian kampung, murah berlonggok-longgok di jual di tepi-tepi jalan. Bila bermulanya era penjualan durian mengikut timbang kilo, sebagai pembeli ada kalanya rasa tertipu dan kecewa juga apabila harga yang kita bayar tetapi bila bawa pulang isinya agak mengecewakan. Bimbang isi tak masak atau orang Perak panggil isi 'mangko', tak pun isi dah tak segar yang dah boleh buat tempoyak sahaja, atau isi nipis tak tebal dan sebagainya.
Hari ini ana terbaca di beberapa page tentang perkongsian seorang insan dengan nama Azlan Nor, mengenai cara atau tips untuk memilih buah durian yang elok isi di dalamnya. Ana pinjam dan kredit buat beliau, ana terbitkan semula di sini. Mudah-mudahan bila ada yang tercari-cari boleh menjumpainya dan semoga membawa manfaat yang baik buat semua. Ana sendiri belum pernah mencubanya, namun menurut status saudara Azlan, beliau jamin mendapat hasil positif dari petua dan tips ini, In Shaa Allah.
kredit foto: Abang Brian |
10 tips memilih buah durian untuk isi yang elok :
1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni. Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.
Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian
6 Comments
Selamat menjamu durian.
ReplyDeletebila tiba musimnya meriah kan WP :)
DeleteMusim durian kan sekarang ni, kadang kalau beli tak semua elok & boleh makan.
ReplyDeleteselalunya durian kampung macam tu kan Nani :)
DeleteTips yang ohsem.. Tapi bila jumpa durian, hilang semua tips nie dari kepala..
ReplyDeleteHaha ajer yer Sha , kak ana selalunya minta si penjual tu sahaja pilihkan mana yang elok sebab depa ni lebih arif kan :)
Delete