Dimana Boleh Buka Akaun SSPNi Untuk Pinjaman PTPTN


Jika sebelum ini, ana terbitkan cara pembelian pin nombor untuk permohonan PTPTN di SINI , selepas ke BSN ana menemani anak ke Pejabat PTPTN yang terletak tak jauh dari blok BSN di Bandar Rawang ni sahaja. Pejabat PTPTN Rawang terletak di Rawang One, berhadapan Mydin dan Hentian Bas Rawang tu. Kami ke sini untuk  membuka akaun SSPNi yang merupakan salah satu syarat wajib untuk permohonan Pinjaman PTPTN. 


Image result for SSPN

Dimana Boleh Buka Akaun SSPNi Untuk Pinjaman PTPTN 



Menurut pegawai Bank BSN yang kami kunjungi dan rujukan ana di portal PTPTN, pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses selain dari di Pejabat PTPTN sendiri. Korang boleh lah pilih mana-mana cawangan bank yang berhampiran untuk memudahkan urusan. 

Jumlah deposit minimun untuk membuka akaun cuma serendah RM20 sahaja. Tetapi korang juga boleh memilih pelbagai tawaran produk SSPNi yang ada untuk galakan simpanan. Memang bagus untuk menyimpan demi masa hadapan kan. Tak rugi pun. Untuk butiran lebih lanjut korang bolehlah layari ke laman web rasmi PTPTN. Dan perlu di ingatkan juga, jika korang membuka akaun SSPNi di Pejabat PTPTN, hanya pembayaran melalui kad debit sahaja yang di terima. Tidak boleh dengan bayaran wang tunai kerana menurut pegawai yang bertugas PTPTN mengamalkan 'cashless' dalam segala urusan. 
Dimana Boleh Buka Akaun SSPNi Untuk Pinjaman PTPTN Dimana Boleh Buka Akaun SSPNi Untuk Pinjaman PTPTN Reviewed by ana halim on August 09, 2018 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.