Pembelian Pin Nombor PTPTN
Sekali lagi ana perlu berurusan dengan permohonan PTPTN untuk menampung pembiayaan pengajian anak kedua diperingkat ijazah. Kalau lah ana berkemampuan pasti tidak perlu untuk meminjam, namun demi masa hadapan anak-anak dalam mendapatkan segulung ijazah dan meneruskan pembelajaran selepas tamat Sijil Matrikulasi, terpaksa juga memohon pinjaman PTPTN. In Shaa Allah, jika di rezekikanNya nanti.
Sebelum memohon secara online untuk pinjaman PTPTN, perkara pertama yang harus di lakukan ialah membeli pin nombor untuk kita log masuk ke laman web dan mengisi borang permohonan. Pin nombor PTPTN boleh di beli di kaunter BSN dengan harga RM5 sahaja. Jadi untuk anak-anak yang juga akan memohon pinjaman PTPTN pergilah ke mana-mana cawangan berdekatan untuk membeli pin nombornya terlebih dahulu. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.
Dah nama lagi pinjaman, wajiblah dibayar semula apabila kita telah beroleh pekerjaan kelak agar tabung ini dapat pula menyalurkan bantuan pada generasi yang akan datang pula. Jika ada usia ana nanti, selepas anak-anak menamatkan pengajian dan beroleh pendapatan ana akan pastikan mereka membayarnya semula. Ana sendiri ketika tamat pengajian STPM tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang kerana mak dan abah yang tidak berkemampuan. Keluarga hanya bekerja di kampung dan belum wujudnya PTPTN.
Kerana itu , untuk masa hadapan anak-anak ana tidak mahu menjadi alasan ketidak kemampuan ini menghalang mereka untuk mencapai cita-cita. Gunakan peluang dan ruang yang ada dan berusaha untuk meneruskan kehidupan. Andai suatu masa kelak, mereka mampu membayar hutang rumah dan kenderaan masa kan TIDAK untuk membayar semula pinjaman PTPTN yang telah menampung yuran pengajian mereka.
2 Comments
betul tu, ayah selalu cakap, belajar je. nanti ada je rezeki tu.
ReplyDeleteada kawan syaza, dia kerja part time masa U sebab taknak pinjam PTPTN. :)
ReplyDelete