Bila buah durian dah banyak dalam peti sejuk, macam-macam yang anak-anak ana google untuk habiskan stok durian yang berbekas-bekas tu. Adik Ika terjumpa resepi atau cara nak buat aiskrim durian, jadi terhasillah sebekas homemade aiskrim durian original yang mudah ni. Jom kita tengok bahan-bahannya dan cara yang paling senang sahaja nak buat aiskrim durian.





Cara buat homemade aiskrim durian 

Bahan-bahannya :

Isi durian ikutlah banyak mana nak letak pun
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat ( kalau rasa tawar boleh lah tambah ikut citarasa masing-masing )
1 sudu besar ovalette 
pewarna kuning 




Cara buat aiskrim durian


Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan dan blend sehingga sebati dalam dua tiga minit. Kemudian jika ada mixer,pukul di dalam mixer sehingga lembut. Sejukkan di dalam frezer selama semalaman sebelum boleh di nikmati. Adik Ika terlebih letak pewarna kuning, jadi lah aiskrim duriannya versi Spongebob.. hehe terlebih kuning. Tapi rasanya sedap, kurang manis dan lemak dari susu cair yang enak. Selamat mencuba anak-anak resepi aiskrim durian homemade. 

(kredit resepi asal dari Mingguan Wanita)

3 Comments

  1. Wahhh rajin buat aiskrim durian sendiri. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. Di rumah saya tak sempat nak masak, makan begitu sahaja durian...

    ReplyDelete