Kadang-kadang apabila kita dah berhati-hati sepenuhnya, malang tak berbau, ada pula akibat dari kecuaian orang lain sehingga melibatkan kita dalam pelbagai situasi. Apa yang akan Ana kongsikan bersama hari ini ialah pengalaman kami bila suami Ana memandu untuk ke pejabat, tiba-tiba disondol kenderaan lain dari belakang.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum ketibaan Syawal yang lepas. Pagi tu suami keluar rumah dalam jam 10 pagi, dan ketika menghampiri plaza tol tiba-tiba sebuah kereta Proton Wira di hadapan menukar lorong dari Smart Tag ke Touch n Go. Suami brek mengejut dan tiba-tiba 'Bumpp!!!! ' Sebuah kereta Vios menghentam belakang Axia kami. Lebih sakit hati lagi bila pemandu Wira tersebut selamba sahaja meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah langsung. Akibatnya, kereta Axia kami kemek dan bumper tercalar teruk juga.




Pemandu Vios juga seperti hendak lepas tangan sahaja, boleh pula berkata " sikit sahaja, kira settle sahaja laa.." Dia cuma mahu membayar RM50 sahaja ketika itu dan terus bergegas pergi dengan alasan dah terlewat ke tempat kerja. Ermm!! Macam dia sahaja yang lewat agaknya. Suami, tidak mahu menerima wang tersebut dan mengambil langkah melaporkan kejadian ke Balai Polis berhampiran.

Selepas cuti Hari Raya yang lepas, pihak polis menghubungi kami semula dan memberitahu lelaki yang melanggar belakang ingin berjumpa dan menyelesaikan kes di luar mahkamah. Selepas berbincang akhirnya, kereta Axia di hantar ke bengkel dan segala kos kerosakan di selesaikan oleh pihak insuran yang melanggar. Bukan murah, lebih kurang RM600 juga walaupun kerosakan nampak kecil sahaja.

Ana sedar, betapa pentingnya kita sebagai pemilik kenderaan mengetahui  hak-hak kita. Bila berlakunya kemalangan tak kira sama ada kecil atau besar, langkah pertama yang harus kita lakukan ialah mengambil gambar dan butiran kenderaan yang terlibat walaupun sekadar nombor plat pendaftaran  dan pastikan membuat laporan polis. Ini adalah untuk memastikan kita berada di pihak yang benar. 

Kita juga perlu tahu apa perlindungan yang bakal kita perolehi dari pihak insuran, plan-plan insuran yang ada di tawarkan malahan polisi-polisi yang boleh melindungi kenderaan kita jika terlibat dalam pelbagai situasi kemalangan dan kerosakan. Semua maklumat dan butiran penting ini,boleh di perolehi dengan hanya melayari ke : 


atau 




Melalui pautan di atas, kita sebagai pengguna bijak juga boleh memilih pelan insuran atau takaful yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan kita, lebih mudah secara online sahaja. Di sini kita akan mendapat lebih jelas informasi mengenai pelbagai tawaran dan produk insurans / takaful yang sesuai dengan kita.

Untuk makluman, selepas berkuatkuasanya liberalisasi insurans/takaful motor mulai 1hb Julai 2017 yang lalu, pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara syarikat insurans / pengendali takaful.


http://www.malaysiantakaful.com.my/Phased-Liberalisation/Motor-Product-Selector.aspx



#PlayYourRole

2 Comments

  1. betul tu, tak kira kecil ke besar kita patut tahu hak kita supaya nak elakkan berlaku kes tak diigini akan datang. Susah nak jumpa yang jujur sekarang ni

    ReplyDelete
  2. Rupanya nasib kita sama ye kak ana. Betul tu kita kena tahu hak kita tak kisah la kecik atau besar. Macam kes kereta kami baru-baru ni, alhamdulillah baru je settle kes tuntutan.

    ReplyDelete