Lama dah ana tak berkongsi tempat-tempat makan best bersama pembaca. Banyak juga yang kami kunjungi tapi kalau tak kena dengan selera ana, jarang nak terbitkan. Selalunya kalau ana makan, sedap dan menarik untuk di kongsikan,baharu lah ana terbitkan. Maklumlah selera kita kan berbeza. 

Terkini, ana sekeluarga lepak makan di Kilang Kitchen, Setapak. Kami jumpa tempat ni pun secara kebetulan selepas balik dari review Museum of Illusions, di Bukit Bintang. On the way nak balik ikut Setapak suami ajak singgah ke Baden Baden Bundle yang dahulunya di Tanjung Malim, sekarang dah berpindah ke Setapak. Ermmm... beza dah harga dari lokasi Tanjung Malim dahulu, mungkin kadar sewa yang tinggi kut harga jualan nya dah naik sekali ganda. 



Kilang Kitchen, Danau Kota, Setapak



Haha!! Kita bukan nak cerita bab bundle eh, kami nampak ada tempat makan, Adik Ika dan Kak Long pun dah lapar kami terjah masuk ke Kilang Kitchen ni. Lokasinya di Jalan Genting Klang . Taman Danau Kota. Yang bestnya ia berkongsep food court dan terdapat beberapa gerai menjual pelbagai menu. Jadi korang boleh lah order dari mana-mana stall yang ada dan makan bersama kengkawan dan family. 




Apa yang best makan di Kilang Kitchen, Setapak 

Apa yang best ye ? Ana hanya kongsikan apa yang kami makan di Kilang Kitchen ni petang tu. Ana yakin lain-lain menu yang ada juga sedap-sedap juga tu. Nampak pelanggan lain order pun memang menggoda rupa paras menu nya. Petang tu, Adik Ika dan Kak Long yang kelaparan,jadi mereka lah yang pilih menu. Suami ana pula peminat ikan patin tempoyak, nak cuba pula menu ini di sini. Ana rasa sikit-sikit dari semua menu yang di pesan. Jom kita tengok.




Huwaa!! Sedap masakan ikan patin tempoyak nya.Menurut pemilik gerai ikan patin ni ikan patin sangkar dari Temerloh. Memang isinya segar, dan tidak berbau langsung. Masakan asam pedas tempoyak nya pun sesedap rasa dan kena dengan selera kami. Tak terlalu pedas dan tidak cair atau ceroi gitueww. Di datang kan dalam set nasi bersama ulam dan sambal belacan berharga RM10 sahaja. 




Kalau korang datang lepak sini, nak merasa menu ikan patin tempoyak carilah gerai Nasi Ayam Naga ni kay. 



Kak Long pula makan kuew tiaw ladna. Udang nya pun besar-besar dan rasa pun okay. 




Ini pilihan Adik Ika, dah lama sangat dia nak makan wafer, sekali jumpa kat sini. Sedap ya amat melimpah ruah sos coklatnya paduan dark chocolate dan white chocolate. Tak terlalu manis dan rasa coklat yang original sungguh. Berbaloi dan tak puas makan satu. Ada rezeki nak repeat lagi nanti. In Shaa Allah.




Stall dessert depa memang macam-macam ada,harga pun masih mampu makan. Ikut kan macam-macam nak order tapi masa tu cuaca panas membahang,kami ambil air yang hilang kan dahaga sahaja lah. Next trip kita try hat lain pula nanti. 




Haa nin diaa!! Hat ni ana fully recommended pada penggemar takoyaki macam saiyaaa. Korang kena cuba Takoyaki set kat sini. Sebabnya depa tak kedekut bonito flakes dengan mayo dan sos. Melimpah ruah you allss. Ana ambil takoyaki campur, isi udang dan sotong dalamnya pun besar-besar dan terasa lah. Murah pula tuu.. 6 biji takoyaki ni berharga RM6 kira RM1 sebiji la kan. Allahu sedap yakmat. 




Ada macam-macam lagi menu kat sini yang tak sempat kami rasai. So,kalau korang nak makan dan lepak santai petang-petang hingga ke malam boleh lah pin post ni dan mai singgah sini kalau kebetulan berada di area Danau Kota, Setapak. Konsep gerai ni korang kena order sendiri ke gerai dan bayar bila makanan di hantar ke meja. 

8 Comments

  1. Wafer tu yang paling menarik mata Sha.. Banyak betul sos coklat dia bubuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Sha memang sedap melimpah ruah sos nya :)

      Delete
  2. Sedapnyaa ikan patin tu kak Ana. Dekat aje ni dengan Nani, boleh pergi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Tak jauh dari tempat Nani, pii la try pula kay :)

      Delete
  3. sedapnya takoyaki, susah betul nak cari sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa ye ke, sesetengah tempat memang payah nak jumpa kan sya :)

      Delete
  4. Ada gerai kosong tak. Kalau ada mohon hubungi saya di 0182900102

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak saya review makanan je , tuan kena contact FB Kilang Kitchen untuk pertanyaan ye :)

      Delete