Banyak lagi lebihan mozarella cheese selepas kami buat homemade pizza hari tu, Adik Ika nak cuba pula mencipta resepi baharu untuk sarapan pagi. Kami gunakan bahan yang ada di rumah ni dan terhasillah roti bakar telur ber cheese idea Adik Ika. Sedap juga sebagai mencipta kelainan rasa kan. Meh! Ana kongsikan dengan korang mana tahu kut kut boleh memberi ilham untuk di cuba dan memikat selera anak-anak yang gemar makan roti telur dan cheese.




Roti Bakar Telur Cheese 


Bahan-bahan: 

Kepingan roti 
2 biji telur setengah masak
1 biji bawang holland
Cheese mozarella ( di parut )
Garam
Lada sulah

Cara membuat roti bakar telur cheese 




1. Dadukan bawang holland dan goreng dengan sedikit minyak di atas api perlahan untuk melayukannya.





2. Pecahkan telur setengah masak di dalam mangkuk.



3. Di atas roti ( boleh juga sapukan butter jika suka ) , letakkan telur setengah masak dan juga bawang holland.



4. Taburkan mozarella cheese yang di parut. Letakkan garam dan lada sulah.




5. Masukkan ke dalam microwave pada tahap medium untuk 3 minit. Kalau tak ada microwave ana rasa boleh sahaja panaskan nya di atas non stick pan pada api perlahan sehingga cheese mencair dan sebati dengan telur dan bawang.



Tadaa!! Siap lah roti bakar telur ber cheese yang sedap ni kalau di makan panas-panas dengan kopi o di waktu pagi. Selamat mencuba menu sarapan dari www.anajingga.com .

6 Comments

  1. resepi simple la yg paling sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anizz lama ak singgah kan :) yup kadang-kadang kita buat sendiri je Nizz buh je apa yang ada :)

      Delete
  2. sedap !!! anything ada cheeeese sedap. tanpa diragui eheh..

    ReplyDelete
  3. wahhh. sedap. boleh try buat nanti. hehe

    ReplyDelete