Sesekali Ubah Selera Makan Bubur Nasi
Selalunya bubur nasi ni di makan bila kita tak sihat atau tak lalu makan makanan pejal sahaja kan. Tapi sesekali apa salahnya kita tukar selera, jadikannya menu makan malam pula. Eh! Sedap juga. Ana masakkan bubur ni untuk Adik Ika yang tiba-tiba teringin nak makan. Tapi bukanlah makan bubur kosong sahaja, kita buat macam bubur yang dijual di kedai tomyam tu. Jom kita tengok apa yang ana masakkan bersama bubur nasi ni.
Bubur nasi ni kami makan bersama udang goreng bersama jeruk lobak, telur masin, ikan masin , daun bawang dan daun sup,bawang goreng dan sambal kicap. Alhamdulillah ... berselera pula, habis seperiuk kecil. Masak di rumah ni ikut sahaja bahan yang hendak kita olahkan. Janji sedap.
Cara masak bubur nasi
Sejujurnya ana tak pandai sangat masak bubur nasi dari beras. Selalu masak jadi nasi lembik , kali ini ana gunakan lebihan nasi yang dah di masak. Masukkan air dua kali ganda dari jumlah nasi dan didihkan atas api perlahan. Bila ia membeku tambah kan air sehingga mencapai kepekatan yang kita kehendaki. Masukkan garam dan siap lah bubur nasi kita. Kalau guna beras pun sama, menurut mak saudara ana,masak hingga lembik nasinya,tambahkan air bila ia mengering dan hasilkan bubur yang lembik tetapi berkuah.
Udang goreng jeruk lobak
Bahan-bahannya :
Isi udang ( ayam pun sedap di potong kecil dadukan )
lobak jeruk ( di potong dadu )
bawang holland ( di dadu)
Cili api
Sos tiram
Garam
Cara memasaknya :
- Tumiskan bawang holland , masukkan lobak jeruk.
- Masukkan cili api potong dan isi udang.
- Rasakan dengan sedikit sos tiram dan garam secukup rasa.
- Siap untuk di makan bersama bubur nasi.
Lain-lain hidangan yang ana sajikan malam itu ialah seperti telur masin, ikan masin, daun bawang, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap untuk memberikan sedikit kepedasan. Selamat mencuba kay :)
6 Comments
Sedapnyaa kak Ana. Nani pun kalau makan bubur nasi suka buat yang macam ni. Boleh bertambah tambah makan.'
ReplyDeleteSesekali kan Nani kita tukar selera memang menjadi :)
DeleteSha rajin juga buat bubur nasi ini.. Paling cepat dan mudah.. Memang kesukaan anak-anak Sha..
ReplyDeleteAlhamdulillah anak-anak Sha suka makan bubur nasi, boleh je pelbagaikan menu sampingannya kan Sha :)
Deletesedap ni bubur nasi, teringn pulak sha nak makan hujan hujan macam ni
ReplyDeletehehe buat je Sha senang sangat kan :) makan puas puas :)
Delete