Sebagai pengguna kita wajar tahu hak-hak kita bila menggunakan perkhidmatan berbayar. Untuk ana sendiri selalu berhadapan dengan gangguan perkhidmatan internet di rumah. Ana masih menggunakan wi-fi TM Stremyx di rumah dan kerap kali juga terganggu servis internet. Kadang-kadang sampai dua tiga hari atas faktor teknikal oleh pihak TM. Langkah pertama yang perlu kita lakukan bila berhadapan dengan gangguan talian tetap telefon atau internet ialah melaporkan kerosakan terlebih dahulu.




Cara melapor kerosakan atau gangguan internet TM ada dengan menghubungi nombor 100 dan bersedialah untuk menunggu sehingga sampai giliran kita untuk dilayan oleh operator bertugas. Ikut sahaja arahan-arahan yang diberi dan jika bernasib baik tak lah terlalu lama menunggu atau disambungkan terus kepada operator.

Selain dari menghubungi 100 korang juga boleh sahaja personal mesej di twitter @Unifi atau layari terus ke www.unifi.com.my untuk live chat dan membuat aduan kerosakan.

Sebaik sahaja kerosakan atau gangguan dibaik pulih, jangan lupa untuk claim rebate bil bulanan korang. Ini kerana sepanjang masa gangguan dan kerosakan kita berhak mendapat kadar rebate yang akan di tolak di dalam bil akan datang.

Cara claim rebate TM Unifi


Sama seperti aduan kerosakan, korang boleh claim rebate selepas selesai proses baik pulih talian sepenuh nya oleh pihak TM. Cara pertama layari semula www.unifi.com.my dan live chat bersama operator ataupun hubungi semula talian 100 dan laporkan untuk memohon rebate.




Ana sendiri memilih untuk terus pergi ke TM Point berhampiran dan mengisi borang aduan dan Alhamdulillah pada bil bulan yang seterusnya, ana telah menerima rebate bil. Banyak juga tu, sangat perlu untuk kita tahu kaedah ini supaya kita tidak hanya membayar bil pada perkhidmatan yang tergendala. Di masa kini, gunakan hak kita sebagai pengguna dengan sebijak mungkin untuk jimat dari pelbagai aspek yang boleh untuk kesinambungan kehidupan di alaf yang amat mencabar ni.



0 Comments