Teringin sangat ana tengok sepeket kuih seri muka dan kuih bingka pandan yang di jual di pasar malam hari Selasa lepas. Gerai mek yang selalu kami beli nasi kerabu dan menu-menu Kelantan nya memang sedap-sedap. Ana tanya berapa sebekas yang ada 4 potong tu? RM 4 kata pembantunya. Potongannya besar juga lah. Dah teringin ana beli lah bawa balik. 













Nampakpun sedap kan. Alhamdulillah cukup sedap, cukup lemak manisnya. Dua-dua kuih tradisional lama ni kuih kesukaan ana. Bila dah meningkat usia ni, kuih-kuih tradisional ni lah yang menjadi idaman hati. Nampak sangat dah makin tua kan. Syukur Alhamdulillah masih di kurniakanNya selera untuk makan. 


Jika diikutkan pada ana yang kini tinggal berdua bersama suami di rumah, untuk menu kuih-kuih lama ni, adalah agak berbaloi bila membelinya sahaja dari buat sendiri di rumah. Pertamanya RM 4 cukup 4 ketul untuk ana nikmati. Kalau nak buat sendiri pun modal tak kurang mahal juga, dengan tepung, beras pulut, santan kemudian kena bakar atau kukus lagi kan. Makannya berdua sahaja. Kalau anak-anak ada di rumah pun, depa tak gemar sangat kuih-kuih tradisional ni.

Tapi kalau untuk jamuan ke pot luck ke, ana lebih suka masak sendiri. Dapat banyak sedulang kan. Di era yang semua barang berharga yang kadang-kadang tak masuk akal ni, kita sebagai isteri kena bijak menilai mana yang lebih berbaloi untuk perbelanjaan rumahtangga. Bab makan minum ni agak payah untuk kita berjimat cermat sepenuhnya. Ia satu keperluan hidup kan. Apapun semoga dipermudahkan Nya segala urusan kita dari atas dunia hingga akhirat kelak. Aamiin. 

6 Comments

  1. Setuju kak..kalau ramai-ramai berbaloi buat..kalau tak..beli rasanya lebih ok..

    ReplyDelete
  2. Fav Nani kuih bakar tu, sedapnyaaa kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Nani sedap hat ni, Alhamdulillah cukup lemak manis nya

      Delete
  3. sedapnya kak.opah saya dulu masa muda pandai sgt buat kuih ni,skrg tak larat dah nak buat.

    kalau pandai kan kak, baik buat sendiri.kalau tak pandai ni, beli ja lah, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih lama kan Bonde, betul tu ikut mana yang berbaloi je kan Bonde :)

      Delete