Buah Namnam buat penggemar buah yang masam

Pernah rasa buah namnam.. namnam ye bukan enam jahanam hehe :) Buah ni buah kampung juga lah tidak di komersial kan sangat. Mungkin sebab rasanya yang tak lah sedap. Masam ya amat. Tapi kalau yang benar-benar masak kuning lembut isinya tak lah masam sangat. Rupa parasnya pun tak menawan hati . Warna hijau tua waktu muda, bila dah masak ranum bertukar warna kuning. Dan ia bagaikan genggaman tangan yang membentuk enam lekuk sebab tu di gelar buah namnam.






Inilah rupa buah namnam 


Bagi yang tak pernah melihat buah namnam, inilah dia rupa buah namnam. Di kampung ana, Teluk Intan ada pokok buah namnam ni. Pokoknya tak besar sangat cuma meninggi juga dan ia berbuah pada batang pokoknya . Lebat juga kadang-kadang bila musim nya tiba. Buah namnam yang di atas tu pemberian jiran ana Zura, buah tangan dari Kelantan. 





Bila di belah dua ada satu biji leper di dalamnya. Keluarkan biji tengah tu dan makan lah buah nya yang masam tu hehe :) Kalau dapat yang cukup masak sedap juga buat cicah dengan gula dan kicap. Anak kampung macam kami ni dahulu buah namnam ni pun sedap je dijadikan kudapan bawah pokok. Ana tak pasti nama lain bagi buah namnam ni. Mungkin lain daerah dan negeri lain panggilan nya kan. Korang panggil buah apa ni ? 




Buah Namnam buat penggemar buah yang masam Buah Namnam buat penggemar buah yang masam Reviewed by Ana Jingga on September 09, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. Dah lama zumal tak makan buah namnam ni

    ReplyDelete
  2. Woww, dah lama tak sebut nama buah ni..ha ah, nam nam jugak..masa study kat Melaka dulu, member buat final year projek pasal buah nii~ Dia buat jus nam-nam..............sedapp.....mana nak cari nii...sy skrg kt Johor...nanti try cari memana, dia bermusim kannn~ susah jugak nak jumpa~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.