Tomyam... sedapnyaa. Makan time sejuk-sejuk ni hangat kan perut. Wahh!! Salah satu menu yang sedap juga bila badan tak sihat dan kurang selera makan kan. Tapi selalu nya masak tomyam di rumah ada kalanya tak sesedap tomyam dari kedai tomyam seafood. Dulu ana tertanya-tanya juga , rupanya baru tahu depa gunakan rempah tomyam dari negara Thai. 

Ana pertama kali makan tomyam yang sama rasa macam kedai ni ketika beraya ke rumah kawan sekolah suami. Kami di sajikan dengan steamboat lagi. Haa.. ko ada, reraya jamu steamboat. Kawan suami ni orang Kelantan, dia punya tomyam tu sebiji rasa tomyam kat kedai. Cukup sedap kami menghirupnya. Ana pun tanya lah isteri beliau, dan di tunjuk lah pada ana pes tomyam dari Thai ni sebotol besar. Inilah rahsianya.





Cara masak tomyam guna pes tomyam Thai


Kebetulan jiran ana, Ida dan Man balik Kelantan kampung halaman mereka, ana kirim lah sebotol pes tomyam ni. Kat sini pun ada dah dijual rupanya di pasaraya-pasaraya. Cuma ana tak cari lagi betul-betul. Dapat sebotol ana try masak dan test dulu sikit nak tahu rasanya apa yang perlu di tambah untuk perisa tomyam. Rupanya paling mudah nak masak guna pes tomyam Thai ni sebab semua dah ada rasa pedas, masam nya serba cukup. Dan pes tomyam yang Ida belikan ana ni di sahkan Halal oleh Jabatan Islam negara Thailand. Alhamdulillah. 





Pesnya cukup pekat. Kalau mengikut arahan memasak dalam bahasa Inggeris yang di cetak pada botol, kita hanya perlu memasukkan sesudu pes dalam air rebusan mendidih dan tambahkan bahan-bahan seafood atau sayuran nya sahaja. Ana cuma tumiskan bawang merah dan serai kemudian masukkan air secukupnya. Lepas tu baharulah ana masukkan pes dalam dua sudu dan kemudian tambah lagi sesudu kerana pes ini tidak pedas. Tak perlu masukkan asam limau lagi kerana ia dah cukup masam. 




Sebenarnya ana pun sediakan kuah tomyam kosong sahaja kerana kami pun nak ber steamboat sekeluarga bersama Man dan Ida. Jadi kalau korang nak masak tomyam biasa guna pes ni, masukkan lah bahan-bahan seperti daging, ayam terlebih dahulu untuk masak empuk baharulah masukkan seafood dan sayurannya. Rasakan dengan garam secukupnya dan ana masukkan juga beberapa helai daun limau purut untuk aroma. Alhamdulillah sedap dan mudah dengan menggunakan pes tomyam Thai ni. 



6 Comments