Siapa suka ber steamboat & BBQ ? Mau tak suka kan .. Makan sedap sambil berborak bersama keluarga dan rakan-rakan, mesti lah best. Kena pula duk pulun sampai tak tahu nak makan apa dah. Haa!! kat mana ada steamboat macam tu ? Stay tune korang, ana nak share satu port steamboat yang maha best untuk korang kaki steamboat lepak makan sampai kenyang. Serius tau tak tipuu, ana sendiri dah menikmatinya, barulah berani nak share dengan korang. 






D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam




Tuu diaa!! Kalau korang sedang mencari port steamboat & BBQ yang paling berbaloi dengan harga, ana nak recommend kat korang kena pergi ke D'Kayangan Steamboat & BBQ di Shah Alam ni. Masyaa Allah.. punya lah banyak pilihan steamboat dan BBQ yang korang boleh makan. Dari seafood yang ada yang ana tak pernah rasa seumur hidup, ayam dan daging kambing dan lembu dengan pelbagai perapan signature dish , aneka pilihan bebola aneka rasa, sayur . aneka mee dan macam-macam lagi lah.











Tuu baru bab satu nak cerita pilihan untuk korang masukkan dalam set steamboat dan BBQ kat meja korang. Sekarang ni kita masuk bab sos pula. Cuba tengok tu, ada pelbagai pilihan sos yang boleh kita suai padankan dengan menu yang ada disini. Kesemua sos ni dibuat oleh Chef sendiri seperti sos cili pedas, sos cili Thai, sos cili manis, sos bawang putih, sos lada hitam , sos yong tau fuu dan banya lagi lah. Ermm... ana paling suka cicah udang dan sotong grill dengan Thai Sos . entah berapa ekor ana seorang je yang bedal. 




Eh! Dari satu set steamboat panas tu, korang boleh makan yang berbakar, macam ikan ke, daging atau ayam ke dengan air asam dan sos BBQ. Pastu tukar lak makan dengan kuah tomyam atau sup ikut pilihan dan citarasa korang lah kan. Pastu korang juga boleh makan sebagai yong tau fuu. Wallaa... 3 pilihan dalam satu set steamboat ni sambil makan sambil menjalin kasih sayang bersama keluarga. Seronoknyaa.. 




Mula-mula ana try makan sebagai tom yam seafood dengan kepah dan mentarang. Pertama kali makan mentarang atau juga dikenali sebagai bamboo lala. Di D'Kayangan Steamboat & Grill ni juga ada lala, kerang, kupang . Tak sempat nak rasa yang lain sebab dah kenyang ya amat. Alhamdulillah.




Pastu, ana dan suami mula makan bahan yang telah kami grill berdua tadi. Ermm.. romantika de amore je kan berdating berdua sambil sama-sama berasap dengan grill dan BBQ. Pilihan BBQ di sini semuanya hasil resepi Chef Shahnizam dengan perapan bersama rempah ratus terpilih. Ya, memang sedap. Antara menu grill yang ada hari tu ialah Chicken Mozza, The Toretto Meat, The Crusty Crab , Super Prawn, Keli Yolanda dan macam-macam nama lagi lah. Ana bukan tahu pun yang mana satu, yang pasti ceduk dalam pinggan bawa ke meja dan grill. Dah masak makan.. Allahu.. semua pun sedap hehe :) 








Haa!! Amacam.. tergoda tak ? Okay tu baru bab steamboat dan BBQ punya pilihan menu. Ana nak share pula dengan korang side dishes yang korang boleh makan sampai kenyang di D'Kayangan Steamboat & Grill ni. Ermm.. jangan risau, selain dari pilihan steamboat andai kata korang nak makan menu-menu lain pun ada dalam barisan buffet di sini. Contoh untuk mereka yang tak makan seafood boleh sahaja mencuba sajian lain seperti mee kari, spaghetti, nasi lemak, nasi goreng dan sebagainya. Ana tak pasti mungkin menu bertukar setiap hari, Waallahu a'lam. 







Banyak kan. Dah selesai makan heavy food, usah risau.. kita boleh je 'potong lemak' kata suami ana dengan pelbagai pilihan pencuci mulut dan buah-buahan di sini. Tiba-tiba teringat mangga muda lemak yang ana makan malam tu. Tak sedar kami suami isteri boleh repeat dua kali ambil mangga muda lemak. Ambil buah-buahan tu, padukan dengan kuah rojak. Memang TERBAIK !!






Yang ada anak-anak kecil pula, boleh makan aiskrim. Eh! Lupa pula, ABC pun ada tau. Ceduk aiskrim buh atas ABC, wow!! 






Biasanya kita start makan steamboat ni lewat petang kan, jadi usah risau bila masuknya waktu Maghrib. Di sini di sediakan SURAU lelaki dan wanita untuk kita menunaikan solat. Haa.. makan tu rezeki kan, jangan sengaja nak abaikan solat tau. Stop makan pi solat. Pastu sambung semula. 




Alhamdulillah, syukur kerana kami berpeluang menikmati makan malam steamboat & BBQ yang banyak pilihan yang berbaloi dengan harga yang di bayar. Berapa harga untuk seorang di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni ? Pada ketika entri ini di terbitkan harganya cuma RM29.90 nett bagi dewasa dan RM12.50 nett untuk kanak-kanak 5-11 tahun. Dan promosi bagi pengunjung yang membelanjakan lebih dari RM150, kad diskaun RM10 akan di berikan kepada korang. Berbaloi kan dengan pilihan buffet yang ada. 




D'Kayangan Grill, BBQ & Steamboat ni juga pernah muncul di beberapa rancangan makan-makan di televisyen. Pasti korang pernah dengar nama nya kan. Jadi dah tahu serba sedikit tentang menu dan harganya, boleh lah datang ke sini untuk mencubanya sendiri atau untuk meraikan majlis-majlis istimewa seperti hari lahir ke, anniversary ke atau apa sahaja lah. 






Ana ringkaskan apa yang menjadikan D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam ini lain dari yang lain :

~ 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
~ Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
~ Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
~ 15 Jenis pilihan jenis sos 
~ 2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
~ 24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam,Ikan, daging dan kambing

Kenapa korang wajib datang ke restoran Dkayangan Steamboat :

~ 'Refill' soup unlimited!! 
~ Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar 
~ Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
~ Ruang parking berlambak
~ Kemudahan Surau disediakan di dalam premis

Harga Bombastik masih sama tidak berubah all time!!
~ RM 29.90nett utk dewasa
~ RM 12.50nett utk Kanak2 

Di mana lokasi D'Kayangan Steamboat & BBQ ni ? Ia beralamat di :

Sri Acappella, 
1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Atau Waze sahaja  : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 minit sahaja dari Stadium Shah Alam)


Untuk tempahan korang klik sahaja mana-mana link whatsapp yang ana berikan di bawah : 





Boleh sahaja usyaa di laman sosial : 


INSTAGRAM : @dkayangansteamboat



12 Comments

  1. sedap pulak tengok checkin grill tu... kena mai lagi ni..

    ReplyDelete
  2. lama dah aim tak pergi-pergi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tunggu lagi Rodiah, jom kita ber steamboat di D'kayangan

      Delete
  3. banyak betul pilihan yang ada. memang mengenyangkan sungguh. berbaloi ye dengan harga tu sebab makan sampai puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berbaloi Mar, kak ana sampai tak tahu nak makan apa pula next-next-next hehe :)

      Delete
  4. tq share... fara suka steambot.. dekat jugak nk kesini... nk cubaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Fara tak jauh dari kediaman Fara ni, nanti pi D'Kayangan kay :)

      Delete
  5. rasanya pernah makan kat sini & memang berbaloi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann FJ sangat2 berbaloi untuk kaki steamboat ke sini :)

      Delete
  6. teringinnya kita nak try makan sini..banyak pulak tu menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Eda, satu hari nanti ada rezeki ke sini.. aamiin

      Delete