Antara menu yang sering ana buatkan untuk keluarga sabagai sarapan pagi atau bekalan anak-anak ke sekolah dahulunya ialah roti telur goreng ni. Bukan apa mudah kan pepagi hari nak sedia kan sarapan. cepat dan sedap. Di rumah ana ni memang tak boleh ada stok telur, ada sahaja yang nak di masakkan dengan telur ni. Tapi nak makan hari-hari pun tak boleh juga kan, tak baik untuk kesihatan kita. Ana sekeluarga pula suka makan telur yang tak masak sangat, maknanya kami lebih suka makan telur separuh masak sama ada di goreng mata kerbau atau pun ketika di rebus. 




Roti telur goreng 


Bahan-bahan untuk resepi roti telur goreng cara ana ni mudah sahaja. 

~ Roti disapukan mentega dan panaskan atas kuali leper seketika supaya ia garing.
~ Telur di goreng taburkan sedikit garam dan lada sulah di atasnya.
~ Kobis dihiris halus
~ Mayonis - campurkan bersama kobis dan jadikan coleslaw
~ Cili sos





Dah sedia semua bahan di atas, apa tunggu lagi. Alaskan roti dengan coleslaw , letakkan telur dan sos cili di atasnya. Tangkup kan lapisan roti kedua. Tekan kemas dan potong dua dengan pisau tajam. Bukan apa bila di potong dua senang nak di simpan atau pun senang nak di ngap kan. Tapi hati-hati, jika telurnya separuh masak, bila di potong ia akan meleleh bila di potong dan di makan nanti. Pandai-pandai lah yer... 

Siap satu lagi menu ringkas cara ana jingga yang sempoi sangat. Boleh lah cuba nanti kalau dah kekeringan idea nak sediakan bekalan atau sarapan untuk anak-anak. 

6 Comments

  1. betul betul, simple tapi sihat dan kenyang

    ReplyDelete
  2. SA selalu buat sarapan pagi bawa bekal pi keja macam ni kak ana...bukan setakat telur jer ada, ada salad, tomato dan timun..pas tu letak sos plak lagi..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA, buh je apa yang ada tu, janji kenyang :)

      Delete