Antara tempat wajib singgah kalau kita ke Cameron Highlands salah satunya pasti lah MARDI atau Taman Agrotechnology Mardi yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Berkunjung ke Mardi melengkapkan percutian kita ke sini kerana semua yang ada di Cameron Highlands ada di sini. Cuma bila dah kerap sangat masuk pada Ana tiada yang baharu yang ada di sekitar Taman MARDI ini.





Korang boleh tengok nanti sudut yang hampir sama melalui foto-foto yang pernah ana terbitkan ketika datang ke sini tahun 2016 yang lalu di SINI . Cuma harga tiket masuk sahaja yang berbeza, tahun 2016 harga tiket dewasaRM3 , tahun ini 2018 dah naik RM5 . Tapi ada kategori harga tiket seperti harga pelajar sekolah , warga emas dan kanak-kanak.


Taman Agrotechnology MARDI - Cameron Highlands




Ana suka ke sini kerana keindahan bunga-bungaan yang mekar di sekitar taman MARDI ni. Memang cantik-cantik serta tanaman sayuran yang subur-subur. Agak kecewa kali ini ladang epal dan anggur tak ada buah dan kering je. Mungkin dalam proses pengubahsuaian agaknya. Mak ana suka sangat datang sini tengok bunga. Jom kita layan keindahan sekitar Taman Agrotechnology Mardi dari lensa www.anajingga.com









Subhanallah..cantik-cantik kan keindahan bunga-bunga yang berwarna warni dengan keindahan nya yang tersendiri. Begitu kagum dengan kebesaran Allah swt yang menjadikan alam ni setiap satunya lain dari yang lain. Allahu Akbar..


hydrangea


Ini salah satu bunga kesukaan ana, kalau di kampung mak panggil ni bunga Raja Deli, ada orang panggil bunga tiga bulan kerana bunga ni mampu bertahan selama 3 bulan. Nama sebenar nya ialah Hydrangea . Di kampung, mak saudara ana ada beberapa pasu lama dah benihnya sesekali berbunga. Tak tahu kenapa setiap kali melihat keindahan kuntuman-kuntuman kecil yang berwarna senada ni disatukan menjadi satu jambangan bunga yang mekar. Subhanallah..


bunga dahlia


Kali ini ke Cameron Highlands agak kurang berjumpa kuntuman bunga Dahlia. Dahlia bunga kesukaan mak ana. Di Mardi ni pun ada sekelompok sahaja Dahlianya. Jika dahulu Cameron Highlands memang banyak pokok Dahlia di tepi jalan sekali pun boleh di temui. Nak nak lagi di Taman Awam di tengah pekan Tanah Rata tu, mungkin bukan musimnya barangkali kan.


lavender


Yang jarang di temui di tanah rendah pastinya Lavender, Masyaa Allah wangi sangat dan warna ungu yang menawan pandangan mata.




Hehe perempuan pantang jumpa bunga rose kan..menyelit je nak bergambar. Kat sini bunga rose dia pun besar-besar kelopak nya. Subur sungguh rasanya pokok yang sama masih ada ketika ana datang ke sini beberapa tahun yang lalu. Yang paling ana ingat pokok bunga rose jingga ni pastinya.


rose







Haa tu gaya je petik anggur, jangan dipetik tau kena denda nanti. Deretan pokok anggur menjalar di atas bumbung laluan taman. Masa ni tak banyak pun buahnya. Namun bolehlah untuk mereka yang pertama kali nak melihat pokok dan buah anggur depan mata.


















Korang jalan le dalam lagi pasti jumpa kebun sayuran dan tanamam herba termasuklah herba Inggeris. Daun kailan tu cuba tegok besar yakmat kan . Memang best kan sudut ni bagi yang gemar berkebun macam ana ni teringin nak ada lamam macam ni kan. Tapi ye lah cuaca sana kan sejuk tanah tinggi pastinya menjadi herba-herba Inggeris semua.




Jualan anak benih tanaman dan pokok bunga juga ada di dalam ni. Juga produk-produk umum Tanah Tinggi. Surau dan tandas pun ada di samping beberapa gerai dan food truck menjual makanan.









Sekitar MARDI amat cantik dengan dekorasi taman dan sesuai sangat untuk bergambar. Untuk yang kali pertama ke Cameron Highlands, pasti kan korang bookmark kan MARDI sebagai tempt kunjungan wajib kay. Kalau dah selalu pii tu memang akan rasa tempat yang sama sahaja berapa kali pergi pun, cuma peminat bunga dan tanaman memang tak pernah puas datang berkunjung ke sini. 

12 Comments

  1. Melihat bunga warna warni ni macam terapi bagi PC kan kak Ana..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kak.. Dah plan nak pergi CH kali kedua tapi rak tahu bila. Nak singgah nanti kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti sampai lah Mimi, In Shaa Allah

      Delete
  3. tempat wajib singgah tak kira brapa kali pergi CH pun.. tak penah jemu tengok bunga2 kat sana walaupun sama je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan CT wajib singgah walau dah berapa kali datang pun :)

      Delete
  4. alamak. x pernah singgah sini, AJ.
    rugi lambat baca blog AJ. if not ari tu dpt singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke Aida, next visit masuk kan dalam list ye hehe :)

      Delete
  5. hydragea tu feveret aida tau.
    nanti da pindah rumah baru, memang akan beli ni dan tanam. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita, semoga tercapai hasrat dan impian Aida, aamiin

      Delete