Masak lemak telur itik belimbing buluh

Haaa.. kalau korang baca entri sebelum ni, mesti nampak kan buah belimbing buluh di belakang rumah ana sedang bergayutan buahnya. Syukur Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. Buah belimbing buluh ni ya amat lah masam rasanya. Ana yang kaki asam jeruk ni pun tak lalu kalau nak makan mentah ataupun buat colek. Masam pering melekat kat tekak. Antara menu yang selalu orang masak dengan belimbing buluh ni seperti masak lemak dengan daging salai ( femes kat negori ) , masak lemak dengan telur itik , sambal itam menu tersohor orang Pahang, goreng dengan ikan bilis dan cili tak pun sambal tumis kan dia dan paling mudah pun buat sambal belacan lenyet kan sebiji. 

Buah belimbing buluh ni bila di masuk kan dalam menu sajian ia berfungsi menggantikan asam. Jadi tak perlu nak masukkan asam keping atau asam jawa dah. Rasa masamnya dah mencukupi. Menu pertama yang ana masak hasil tuaian dari pokok baru-baru ini ialah masa lemak dengan telur itik. Itupun sebab adik Ika tak ada di rumah sebab dia memang tak makan telur itik tapi telur masin dia suka.. macam mana tuu :) 





Resepi masak lemak telur itik dengan belimbing buluh


Bahan-bahan :

Telur itik 
Santan pekat
Santan perahan kedua
Cili api
Beberapa biji belimbing buluh ( masam kalau banyak sangat )
Bawang merah 
Kunyit hidup ( serbuk kunyit pun bolej )
Garam
Daun kunyit

Cara masak gulai lemak telur itik bersama belimbing buluh : 

1. Tumbuk cili api bersama isi kunyit dan bawang merah.

2. Masukkan ke dalam kuali ( untuk mudah mengacaunya nanti ). Masukkan santan perahan kedua yang tak begitu pekat.

3. Nyala kan api dan kacau selalu agar tidak pecah minyak. Tapi kan masak gulai lemak telur ni memang mencabar sungguh. Tertinggal beberapa saat dari mengacau nya pun dah boleh pecah minyak santannya. Kacau lah selau ye :) 

4. Bila dah mendidih sekali boleh lah pecahkan telur itik satu persatu ke dalam mangkuk terlebih dahulu sebelum memasukkannya le dalam kuah lemak kita tadi. Bukan apa takut ada yang dah tak elok kan rosak lauk kita nanti.

5. Teruskan mengacaunya dan masukkan buah belimbing buluh yang telah dibersihkan. Nak potong dua pun boleh nak buh sebiji sebiji pun bisa ajer.

6 Masak hingga lembut dan telur mengeras. Rasakan dengan garam secukupnya. Matikan api dan siap :) 





Masak lemak telur itik belimbing buluh Masak lemak telur itik belimbing buluh Reviewed by Ana Jingga on September 02, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. All time fav ni kak. Takde lauk lain takpe dah. Dpt belimbing tu memang bertambah2 nasi jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke AS, kak ana pun suka gak menu=menu kampung macam ni , berselera kan , Alhamdulillah

      Delete
  2. pernah masak lemak telur masin hihihi febret suami ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh Telur masin ekin, masak dengan kulit la ye , rare juga ni :)

      Delete
  3. Sedap ni kak Ana, sama macam nenek Nani selalu buat. Ada pulak sambal belacan dengan ikan masin goreng memang ngam sangat lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh!! memang kena sangat tu Nani selera kita orang kampung ni kan :)

      Delete
  4. Suka sangat menu ni, dah lama tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari telur itik Zumal, kita lemak berkrim kan nya hehe :)

      Delete
  5. aduhhh telur itik masak lemak memang fav saya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.