Nagaaaa!! Betul lah tu, piring naga antik.Bagi peminat koleksi pinggan mangkuk lama pasti berminat nak baca entri ana kali ini kan. Ana saja nak berkongsi dengan korang, dua keping piring naga lama milik arwah ibu saudara ana, yang mak beri kan pada ana suruh simpan. Kadang-kadang bila ana balik kampung, jumpa sahaja koleksi pinggan mangkuk lama ni, ana tanya mak saudara, kalau dia beri ana ambil bawa balik.

Bukan apa, ana suka gunakannya sebagai props untuk ambil gambar masakan dan makanan. Nampak cantik kan. Bila ada pelbagai jenis pingan mangkuk ni. Sebenarnya di rumah mak saudara ana tu memang banyak menyimpan koleksi pinggan magkuk lama. Antaranya ialah set teko dan piring naga seperti di bawah ni. 





Piring lama dan antik bermotif naga




Hanya dua biji ini sahaja yang ada pada ana. Yang lain ada yang dah pecah dan ada juga pada mak saudara di Teluk Intan. Bukan sahaja piring tetapi terdapat juga teko berbentuk kepala naga yang pernah ana terbit kannya di SINI . Lama entri ini tahun 2015 yang lalu.

Kedua teko ini masih dalam simpanan mak sauadara di rumahnya. Untuk kenang-kenangan. Set teko dan piring naga ini dahulunya milik majikan arwah salah seorang dari ibu saudara ana yang pernah bekerja dengan majikan Inggeris. Dihadiahkannya kepada ibu saudara ana sebelum mereka balik ke England. Haa.. throwback sangat kan hingga ke zaman kolonial. 

Sehinggalah ibu saudara ana meninggal, keluarga majikan dan anak-anaknya masih berhubung dengan kami. Anak perempuannya sendiri tinggal di Kuala Lumpur dan mengajar di salah sebuah sekolah antarabangsa di sini. Jadi bila bapa nya datang ke Malaysia, pasti mereka akan ke Teluk Intan, menziarahi keluarga ana yang masih mengenali mereka. Indahnya persahabatan lama kan.

Di kampung ana juga terdapat dua buah pasu atau tempayan bermotif naga ni. Satu daripadanya telah di jual kepada seorang taukeh berbangsa Cina. Ana tak pasti berapa harga nya. Lagi pula taukeh ini sangat rapat juga dengan keluarga ana di kampung tu , kawan lama juga kata mak. 

Pinggan mangkuk lama ni kian hari kian mendapat perhatian generasi muda masa kini. Bagi pengumpulnya pasti akan mendapatkannya walaupun perlu membeli nya dengan harga yang agak tinggi. Untuk ana pula, ana akan terus menyimpannya sebagai amanah arwah mak saudara ana di kaca almari. Sekali sekala ana gunakannya sebagai props untuk gambar-gambar masakan. Cantik dan rare kan. :) 

9 Comments

  1. Ada nilai yang tinggi pinggan antik ni.

    ReplyDelete
  2. Unik kelihatannya, ada naga ..tak takut ke ..hehehe gurau ja ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe naga penyet atas piring ETUZA, tak takut lah kan hehe :)

      Delete
    2. sekadar gambar tu ..makanan dah hummm! ada naga pun sure tak takut..gurau2 ni memaniskan hidup..

      Delete
  3. Wahhh rare betul koleksi pinggan ni kak Ana. Unik!

    ReplyDelete
  4. Salam subuh sekali lagi menyapa di angin nan lalu melalui ruangan komentar blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih etuza sudi singgah ke sini di subuh hening :)

      Delete