Kobis.. balik balik sayur kobis kan yang kita beli di pasar atau kedai runcit untuk menu sayuran kita sekeluarga. Selalunya masak lemak putih, tak pun tumis dengan sos tiram. Tak pun masuk dalam tomyam.. tapi kali ni ana nak kongsi dengan korang salah satu menu kegemaran ana juga. Salad kobis atau pun kalau versi Melayu nya kita boleh lah gelar kerabu kobis. Mudah dan tak kurang juga sedapnya di ratah begitu sahaja.





Salad kobis 

Bahan-bahannya pun mudah sangat, korang kena dapat kan kobis yang betul-betul segar baru lah rasanya sedap dan rangup di makan. Kobis segar ni korang hiris nipis sama seperti membuat coleslaw tu. Kemudian hiris kan juga bawang merah dan cili api nipis-nipis. Gaulkan kesemua bahan bersama cuka masakan dan perasakan dengan gula dan garam. Dah siap. Sedap di makan dengan nasi ayam juga tau. Kena cuba sendiri baru tahu rasanya..ala-ala jelatah timun juga rasanya. 

8 Comments

  1. Wahhh macam sedap jugak buat gini. Boleh try nanti, selalu buat masak lemak putih takpun goreng biasa tu je.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. budak-budak mungkin tak suka fara sebab ada cuka tu, buatkan coleslaw je untuk kak yong dan baby amira hehe :)

      Delete
  3. ni kalo yang super fresh tu krup krap makan. jadi coleslow cem kepci tu eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah CT kena cari yang betul-betul fresh rangup sangat kan :)

      Delete
  4. wow. nice. semua bahan ada, AJ.
    betul la. asyik masa yg itu itu ajer kan.
    ni kita mengkerabu.

    ReplyDelete