Dah beberapa bulan ni kita diuji dengan cuaca panas membahang hingga ke malam. Bertabahah dalam menempuh ujian Allah swt, ini baharu sedikit kan, jika dibanding apa yang sedang melanda negara lain diserata dunia dengan kemarau berpanjangan. Di sini panas masih boleh mandi dan minum air sepuasnya. Alhamdulillah. 

Bila musim cuaca panas lit lit ni, mahu saja menikmati juadah yang menyejukkan tekak kata orang. Ana pula teringin nak makan kuih sagu, jadi terfikirlah satu menu tradisional kita, puding sagu gula melaka. Ermm.. kita maniskan sedikit sagunya nanti golek atas nyok boleh jadi kuih abok abok.. 2 in 1 . Berbaloi.. 


Kali ini ana terbitkan dahulu resepi dan cara buat puding sagu gula melaka terlebih dahulu, next entry kita buat kuih abok abok pula naa.. ( sebenarnya nak achieved target satu hari satu entri tu jer hehe ) .





Resepi Puding Sagu Gula Melaka




Resepi nya kena buat 3 bahagian iaitu sagu, kuah gula melaka dan santan. 

Bahan untuk sagu : 

1 cawan sagu kecil ( ada yang dijual dah siap berwarna )

Beberapa sudu gula 

Pewarna merah ( ikut suka nak warna apa pun hehe :) 

3 cawan air 


Cara masak sagu : 


1. Bersihkan sagu pada aliran air paip dan toskan. Biar tepung kanjinya keluar. 

2. Didihkan air dan masukkan pewarna dan gula.

3. Masukkan sagu dan kacau sentiasa sehingga jernih bijian sagunya. Pastikan api kecil kalau tak hangus di bahagian bawah nanti.

4. Bila dah jernih sagunya, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sebelum masukkannya ke dalam peti sejuk. 





Sos Gula Melaka 

1 buku gula melaka ( boleh juga gantikan dengan gula merah ) 

2 cawan air ( ikut kepekatan gula yang dikehendaki )

Seikat daun pandan

Didihkan kesemuanya didalam periuk dan sejukkan.





Santan Puding Sagu Gula Melaka :


1 cawan santan pekat
Secubit garam
Sehelai daun pandan

Didihkan santan dan garam , masukkan daun pandan yang di simpul. Kacau selalu agar tidak pecah minyak. Sejukkan.

Ada juga resepi yang tidak memasak santan nya. Boleh sahaja blend kelapa parut dengan air masak suam. Ini untuk menggelakkan santan tahan lama dan tidak sakit perut khasnya untuk di makan anak-anak kita kan :)




Haa dah siap tiga komponen nya ( kan main :) ) bolehlah di hidangkan sebagai menu pencuci mulut yang sedap. Sedap lemak manis rasanya kan.. 

10 Comments