Sekarang ni antara yang trending tatarias ruang dalaman rumah antaranya bertema kan Scandinavian. Kalau sebut Scandinavian pastilah kita teringat gedung perabot ternama IKEA kan. Bagi peminat dekorasi Scandinavian, IKEA lah syurga membeli belahnya. Lebih mudah lagi sekarang dah ada online. Selain dari IKEA, ana suka juga ke KAISON. Di KAISON sentiasa up to date, perhiasan rumah yang di jual di sana. Mengikut tema dan warna terkini ikut sahaja citarasa dan kreativiti masing-masing.

Terpanggil untuk ana terbitkan entri ini, ialah untuk berkongsi sedikit idea dekorasi bercirikan Scandinavian di rumah adik ipar ana, Julia Alisya. Sebelum ini, Jue obses dengan gaya dekorasi English Cottage, namun untuk tahun ni, Jue memilih gaya Scandinavian untuk kediamannya di Manjung. Masih kekal dengan tema Inggeris di kediaman keluarga di Teluk Intan seperti yang pernah ana terbitkan di SINI . Kali ini kita layan pula ruang tamu rumah Jue bertema kan Scandinavian .



Dekorasi ruang rumah gaya Scandinavian 





Gaya dekorasi Scandinavian adalah mengikut trend dan gaya ruang rumah negara Scandinavian sendiri seperti Sweden, Denmark dan Norway atau pun juga dikenali dengan nama Nordic yang meliputi Finland & Iceland. Memilih susunan ruang dalaman yang ringkas dan sederhana dengan padanan warna yang tidak banyak menampakkan ruang luas dan bersih. Kemasan dinding yang lazimnya berwarna putih dan kemasan lantai kayu adalah antara ciri utamanya. 




Perabot juga adalah bercirikan minimalis dan tidak banyak fabrik dalam tatarias dalaman. Sesuai dengan iklim di negara Scandinavian yang sejuk, mereka banyak menggunakan fabrik berbulu tebal dan langsir yang polos sebagai soft touch di ruang rumah. Pokok-pokok hijau segar di dalam pasu juga melengkapkan pandangan yang dingin di ruang rumah. Cuma di negara kita , pemilik rumah lebih gemar meletakkan pokok dan daun hiasan palsu untuk mudahkan penjagaannya. Gaya Scandinavian juga banyak memilih corak perabot dan fabrik dengan corak geometri. Tak ada bunga-bunga kay. 




Satu lagi contoh dekorasi gaya Scandinavian yang pernah ana lihat dan inap sendiri ialah ketika bercuti di Cameron Highland dan kami tinggal di Gobok Homestay, Tanah Rata. Pemiliknya juga menggunakan tatarias Scandinavian di dalam setiap sentuhan dekorasi ruang apartment tiga bilik yang amat selesa ini. Pemilik menggunakan pokok-pokok segar di dalam rumah bersesuaian dengan suhu dingin di Cameron Highland lah kan. Entrinya ada di SINI .




Image result for gobok homestay


Image result for gobok homestay



Image result for gobok homestay


Jelas dari dua dekorasi ruang dalaman rumah bercirikan Scandinavian ni, padanan warna dan perabot yang amat minimalis menjadi asas dalam tatarias ruang. Banyak lagi contoh-contoh dan ciri-ciri rumah gaya Scandinavian yang boleh di perolehi dari mana-mana laman web yang menerbitkannya. Sekadar berkongsi idea dekorasi ruang dalaman rumah bersama pembaca tersayang. Wallahu a'lam. 

kredit foto-foto buat FB @Julia Alisya 

6 Comments

  1. suka jugak tema scandi nih..tp tu la,..banyak putihhh..putih tu laa paling azab nak jaga...maybe orang lain ok jer kaler putih..kite mmg susah nak jaga warna putih nih..rasa lecehh..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cabarannya bila banyak warna putih mendominasi kan JJ hehe :)

      Delete
  2. simple tapi cantik sangat.. tak serabut tengok deko2 berkonsepkan Scandinavian ni kan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah agak minimalis juga kan dan tema warna yang tak serabut sedap mata memandang

      Delete
  3. simple tapi cantik.
    segar jer di pandang mata.
    rumah baru aida, konsep campur :) hi hi hi
    scandi ada skit.
    moden ada skit.
    tgk bajet.
    scandi ni kalau bebetul, mahal perabot nyer, AJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sahaja beli secara online Aida pada budjet yang lebih murah khasnya perabot dari China yang berkonsepkan Scandi ni.. kalau terus dari eropah tu lain ceritanya hehe :)

      Delete