Ana ni bila balik kampung berderet entri nak terbitkan. Seronok berkongsi kisah. Balik kampung macam-macam yang kami buat bersama keluarga. Masak makan menu-menu ibunda bersama mak dan abah. Pastu segala neka rezeki yang ada mak suruh bawa balik. 

Balik kampung kali ini, sekejap sangat rasanya. Tak rancang pun, lepas Subuh ana tanya suami nak balik ke tak, sebab rindu dengan mak dan abah. Last balik pun Hari Raya haji yang lepas, itu pun kami tak beraya, sekadar solat sunat Aidil Adha selepas tu terus menguruskan pekebumian ibu saudara ana, adik mak. Lepas tu pun malam tu kami balik semula ke rumah kerana suami kena kerja keesokkannya. Bila adik sepupu ana whatsapp kata mak sakit kaki dan bengkak , hati dah mula tak keruan. Kebetulan anak-anak ada balik ni, Alhamdulillah pagi tu surprise kan mak dan abah. 




Sabtu pagi sampai, Ahad pagi kami terpaksa balik semula kerana anak-anak ada urusan dan kena hantar balik ke Shah Alam. Pagi tu sebelum balik, sempat berbual-bual dan ronda belakang rumah tengok kebun mak. Petik ulam raja yang subur ya amat dan bawa balik ke rumah. Mak ajar suruh buat kerabu, sedap katanya. Kalau tak selalunya kami makan dengan sambal nyok sahaja sebagai ulam. Ni gaul kan siap-siap jadilah kerabu ulam raja. Mak kata kalau buh isi kerang lagi sedap. 


Kerabu Ulam Raja 




Ana ke kedai Acheh tak ada pula kerang. Sudahnya ana letakkan udang kering sahaja sebagai perencah. Cara nak buatnya mudah sangat. Pucuk ulam raja tu bersihkan dan hiris halus. 




Bahan kerabunya, kelapa parut, bawang merah, cili merah atau cili api ikut lah selera masing-masing. Tumbuk bawang merah, cili dan masukkan sedikit belacan. Kemudian tumbukkan juga isi udang kering yang di sangrai seketika. Gaulkan dengan kelapa parut. Akhir sekali gaulkan pula dengan pucuk ulam raja yang di hiris halus tadi.Rasakan dengan garam secukupnya dan perahkan asam limau kasturi atau limau nipis. Ikutlah mana yang ada kan. 

Beza pokok ulam raja dengan pokok bunga cosmos


Sedap sangat bila di makan begitu sahaja. Ulam raja ni rasanya berangin sikit kan. Daunnya sama dengan daun pokok bunga cosmos hehe. Kat belakang rumah mak tu, ada pokok ulam raja dan pokok cosmos. Nasib baik ana ni kenal beza pokok ni keduanya. Lagipun ulam raja ni bunganya warna ungu muda dan cosmos bunga warna kuning.  Jangan keliru tau antara pokok ulam raja dengan pokok bunga cosmos ni. 


Image result for pokok bunga cosmos
Pokok bunga cosmos

Related image
Pokok ulam raja ( kredit tanamsendiri.com ) 

12 Comments

  1. sedap sekali kelihatannya ..terbaik

    ReplyDelete
  2. Waduh kak Ana, dahlah kat area rumah takde air nie, nak masak pun rasa serba salah sebab penggunaan air yang terhad.. Akak pulak tunjuk resipi yang memang menyelerakan.. huhuhu ulam raja memang ulam favourite saya sejak saya budak lagi.. takleh jadi nie.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu bertabah lah Shikin, okay nanti pi pasar tani cari ulam raja buat kerabu kay, senang juga nak dapat ulam raja ni :)

      Delete
  3. Replies
    1. kan WP, selera kampung memang sedap di nikmati, Alhamdulillah

      Delete
  4. Sedapnya banyak ulam raja kst rumah kaknoor bolehlah try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Kak Noor, buat versi kak Noor pula hehe :)

      Delete
  5. Ulam raja mmg sedap dibuat ulam. Dulu saya sering tertukar ulam raja dgn Bunga cosmos

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ulam raja ni daunnya gemok-gemok sikitd dan ada aroma nya yang segar kan shameel

      Delete
  6. tak tahu pulak ulam raja ni boleh dibuat kerabu , selalu pegi mana-mana pun ulam je . tq sis create entri ni

    ReplyDelete