Bukan nak kata orang lain, ana sendiri pun buat juga :) , Buat apa ?? Guna filter lah setiap kali posting gambar di media social. Maklumlah dah di usia yang kian berkilauan emas katakan. Lainlah dengan anak gadis ana, dahulu Kak Long pun gemar guna filter untuk gambarnya , tapi sejak sebulan yang lepas, dia mencuba sendiri 3 beradik SAFI FAIR BEAUTY  Baharu, baru-baru ni gambar yang di hantar kepada ana  dah tak guna filter dah ibu, katanya dengan happy sangat. 




Ceritanya begini, lepbih kurang sebulan yang lepas, ana menerima set SAFI FAIR BEAUTY  baharu untuk di review. Bila ana baca dari penerangan yang di berikan, SAFI FAIR BEAUTY  ni lebih sesuai untuk kulit wajah anak gadis yang ingin tampil cerah tapi dengan cara yang selamat. Lately ni memang menjadi isu hangat bila terdapat banyak produk yang menjanjikan pencerahan wajah mengandungi bahan yang berbahaya. Bila ana menerima untuk mencuba produk dari SAFI satu jenama yang tidak perlu di perkenalkan lagi dan mempunyai RnD serta di pasarkan di farmasi dan pasaraya terpilih, ana yakin dan memberikan Kak Long mencubanya selama sebulan. 


SAFI FAIR BEAUTY Baharu 






Kak Long pun bawa ke kampus dan mencubanya sendiri dan selepas sebulan baharulah ana update di sini selepas ada kesan positif pada wajah Kak Long. Kak Long berkulit sawo matang jadi selepas penggunaan secara konsisten sebulan, tidaklah terus putih mulus, ia kelihatan cerah dari sebelumnya . Ini kerana SAFI FAIR BEAUTY  akan berkesan jika menggunakan ketiga-tiga set rangkaiannya secara konsisten. Tapi ikut pada jenis dan keserasian jenis kulit juga tau. Mungkin serasi pada Kak Long dan tidak pula pada anda di luar sana. Jenis kulit kita kan berbeza, kena faham tu. 

Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.




Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuaan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu dibawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!



SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

Mencerahkan kulit
Menyamaratakan tona kulit
Kulit berseri merah jambu
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
Memberi perlindungan UV
Melembutkan dan menghaluskan kulit
Melicinkan kulit
Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

3 Beradik yang dimaksudkan adalah SAFI FAIR BEAUTY pembersih pencerah wajah, Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY dan Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY .

Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY





Dia si ayu penuh keyakinan. Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.Langkah pertama untuk keyakinan dirimu.Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri. Kak Long mula menggunakannya sebulan yang lepas untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam juga ketika mencuci wajah untuk berwudhuk. 


Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY





Di ikuti pula dengan menggunakan Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY . Dia si cantik penuh kemanisan. Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.

Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY





Dan sebagai asas solekan untuk tampil lebih cerah dan berseri, Kak Long menggunakan pula Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY . Dia si comel penuh keceriaan. Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan.Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).





SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!

Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saizpek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saizpek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45 

3. SAFI Fair Beauty BB Cream
Saizpek: 40g
Harga: RM8.15

4. SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
SaizPek: Gift Set
Harga: RM10.90

Boleh dapatkannya dari mana-mana farmasi dan pasaraya di seluruh negara. Untuk keterangan lebih lanjut boleh lah layari ke mana-mana pautan di bawah : 


Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY

InstagramSAFI @safimalaysia




~TENTANG WIPRO UNZA~

Sejaktahun 1980 WIPRO UNZA telahberjayamembina portfolio yang luassebagaijenamapenjagaandiridanprodukisirumah di pasaran Asia. Mempunyaiibupejabat di Singapura, WIPRO UNZA telahmengeluardanmemasarkanjenamakeseluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dankawasan lain   
Antara jenamaterkemukadaripada 24 buahjenamakeluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.
Kebanyakanproduk WIPRO UNZA kiniberdiriteguhsebagaipenerajupasarandisebabkanjenama yang terhasildirekakhususdandiciptauntukpengguna Asia. 


10 Comments

  1. PC sendiri pun pengguna Safi kak..cari juga pek ni nak mencuba tapi dah habis mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu stok baharu sampai nanti PC hehe :)

      Delete
  2. Safi dari zaman sekolah rendah dah nampak dia ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sha, jenama yang amat sebati dan selamat di gunakan , In Shaa Allah

      Delete
  3. Akak pun guna Safi..so far memang takde masalah ngan product safi..kulit bertambah ok...hehehe..

    ReplyDelete
  4. Wahhh macam macam dah ada produk SAFI ni. Boleh lah try guna jugak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Nani , Safi semakin banyak innovasikan produknya yang telah lama mendapat kepercayaan rakyat Malaysia

      Delete
  5. Mana nk cri?Agak ii kt Watson ada jual??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada di jual di mana2 farmasi atau pasaraya atau secara online di lazada, shopee juga :)

      Delete