Ana ni memang antu jeruk, segala jeruk bagi lah suka ya amat. Ana memang suka makan yang masam-masam ni. Tapi sekarang ni kurang nak makan jeruk yang di jual di pasar malam tu, kerana rasa cuka yang agak kuat. Dah berumur ni selera dah lain je, manis sangat pun dah tak boleh terima, masam cuka pun pedih ulu hati bila makan. Ana pasti ada hikmat dariNya bila dengan sendiri selera kian berpada-pada ni. 

Balik kampung Teluk Intan sekejap sangat minggu lepas. Balik Sabtu pagi, Ahad pagi dah kena balik atas urusan anak-anak di kampus pula. Jadilah yang penting dapat jengok mak dan abah. Rindu sangat bila hampir sebulan tak balik. Abah pun kerap je tanya bila nak balik, Alhamdulillah sempat suami curi masa, anak-anak balik weekend lari kejap ke kampung. Tak jauh manapun, dua jam In Shaa Allah sampai. 




Dalam sekejap tu pun kalau dah rezeki tak ke mana kan. Tengahari tu sepupu ana, Mizi datang dengan Mak Ngah dari Kampung Gajah, bawa buah pelam muda. Haa.. rezeki sangat lah kan. Alhamdulillah , terima kasih Mizi. Ana bagitau mak, ana nak bawa balik pelam muda ni sedikit, mak bagi hampir semua suruh ana bawa balik sebab mak kata siapa nak makan di rumah ni. Abah bukan suka makan asam. Mak pun dah ada jeruk dalam peti ais nya. Itupun Mak Ngah dan Mizi juga yang hantar sebelum ni. Apa lagi ana angkut bawa balik. 




Ana kupas siap-siap bersihkan dan terfikir nak buat tiga versi jeruk pelam muda. Satu jeruk manis cara mak selalu buat tu, satu jeruk dengan asam boi dan satu lagi jeruk dengan asam boi bercili. Pedas sikit kan. Mak ajar, nak jeruk pelam-pelam muda, langkah pertamanya kupas dan bersihkan, kemudian letakkan garam banyak-banyak. Peram sekejap. Kemudian basuh buang air garam tu. Dapat kurangkan masamnya. 



Untuk versi jeruk manis macam mak buat selalu tu, ana perapkan dengan garam dan gula di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Versi mak ni, tak perlu letak cuka atau air. Cukup perapan gula dan garam dan simpan nanti air akan terhasil sendiri. Gula tu biar lebih dari garamnya. Simpan. Esoknya dah boleh makan. Sedap ada rasa manis sedikit.





Ini pula versi asam boi. Sama juga kaedahnya, cuma letakkan beberapa biji buah asam boi. 





Dan balang yang ketiga, ana buat versi asam boi bercili. Hiriskan sahaja cili api ke dalamnya. Asam boi yang ana gunakan pun, jenis asam boi berwarna coklat kemerahan tu. Rasa depa-depa ni lebih kurang je hehe sesaja nak buat versi lain kononnya. Dah ada tiga balang jeruk pelam tu, makan lah sepuasnya. Jangan sakit peruk sudah. Hehe . 


2 Comments

  1. Kecur air liur tengok jeruk tu kak Ana, sedapnyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Kaki asam macam kak ana ni Nani segala neka jeruk suka sesangat :)

      Delete