Semalam 22hb November 2018, kebetulan ana ada urusan di sekitar Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur di sebelah pagi. Selesai urusan, ana berkesempatan menghadiri satu acara menarik di aras 2 Sunway Putra Mall.. ermmm... sesuatu yang ingin ana kongsikan dengan pembaca anajingga dot com hari ini ialah peluang untuk kita sama-sama menyalurkan sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Ada berita baik untuk kita semua, kerana bukan semua di kalangan kita berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan dalam nilai yang besar namun dengan satu jalinan secara beramai-ramai, sumbangan kecil yang kita kumpul bersama mampu juga memberi impak yang besar pada mereka yang memerlukan. Dan lebih menarik lagi ia di mudahkan lagi kerana sumbangan secara online yang di anjurkan oleh satu jenama makanan yang telah sebati dengan masyarakat Malaysia selama 126 tahun iaitu Ayam Brand™. Bagaimana kah kita boleh menyalurkan sumbangan amal bersama Ayam Brand™ ni ? Baca artikel ini hingga ke akhir kay.. dan jommm kita melakukan sumbangan amal kepada anak-anak yang memerlukan... 





Ayam Brand™ Lancar Laman e-Charity Untuk Manfaat Komuniti




Mahu menderma kepada badan kebajikan atau menyumbang kembali kepada komuniti, tetapi merasakan sumbangan anda terlalu kecil untuk memberi perubahan? Kini Ayam Brand™, jenama kegemaran rakyat Malaysia selama 126 tahun yang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin berkualiti menjadikan usaha itu lebih mudah buat anda dengan pelancaran laman web: Ayam Brand e-Charity https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html. Ya, dengan Ayam Brand™ semua orang boleh menyumbang kepada badan kebajikan.




Laman web Ayam Brand™ e-Charity dipercayai antara yang pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia dan diuruskan oleh pengeluar makanan. Ia bertujuan membolehkan lebih ramai orang membantu komuniti yang memerlukan menerusi kemudahan membuat pesanan secara dalam talian.


Ayam Brand™ Chairman, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed, Ayam Brand™ CEO, Mr Ting Seng Hee merasmikan Ayam Brand™ e-Charity site.


Ayam Brand menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produknya dan menyediakan penghantaran percuma untuk menggalakkan orang ramai membantu 8 Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. Semua NGO tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Jenama ini merancang mengembangkan program tersebut untuk melibatkan NGO di lebih banyak negeri. Laman web itu sudahpun tersedia dan orang ramai boleh memilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang ingin mereka sumbangkan kepada organisasi berkenaan. Sumbangan minimum ialah satu karton.


Mr Ting and YM Tunku Dato’ Mu’tamir bersama penerima sumbangan rumah kebajikan,  Ayam Brand Healthy KIDS Food Festival  Kuala Lumpur and Selangor.



Sumbang 358,920 Hidangan Sihat Menerusi Kempen Tahunan Peka Komuniti 2018



Ayam Brand e-Charity dilancarkan pada acara akhir Festival Makanan Kanak-kanak Shat yang diadakan di Sunway Putra Mall . Ia merupakan sebahagian daripada CSR Ayam Brand™ yang sudah dijalankan selama 11 tahun berturut-turut. Secara kumulatifnya jenama ini telah menyumbang sebanyak 1,404,000 hidangan sihat bagi tujuan kebajikan yang memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang dari 482 organisasi kebajikan dengan 358,920 hidangan telah diagihkan pada tahun ini.




Menurut Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed, semua orang harus mempunyai akses mudah untuk menderma. Platform seperti Ayam Brand e-Charity ini membolehkan orang ramai membuat sumbangan yang dengan lebih mudah.




“Makanan merupakan satu keperluan asas. Makanan berkhasiat sememangnya amat penting untuk kanak-kanak yang membesar dan warga emas. Namun, kanak-kanak dan warga emas di bawah jagaan NGO mungkin tidak mempunyai akses ke atas sebahagian hidangan seperti Omega-3 dan makanan yang kaya dengan protein misalnya tuna dan sardin yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka.

Ayam Brand menawarkan makanan-makanan ini dalam bentuk bebas bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kami berbangga kerana dapat menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai agar mereka boleh memberi makanan berkhasiat kepada golongan yang amat memerlukannya,” jelas Tunku Dato’ Mu’tamir.




Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ bermatlamat memperkasakan kanak-kanak supaya memilih makanan menerusi aktiviti yang interaktif. Ia juga membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan, memahami saiz makanan serta membuat keputusan tepat kerana makanan boleh membentuk tubuh secara positif.  

Ayam Brand™ menyumbang produk-produk keluarannya kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian. Ia adalah sebahagian daripada acara tahunan ini. 




Setelah Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes[1], program peka komuniti ini diadakan tepat pada masanya. Obesiti boleh dikaitkan dengan cara pemakanan sejak kecil dan bagi kanak-kanak obes, mereka selalunya akan membesar menjadi dewasa yang obes. Faktor budaya juga memainkan peranan dalam permasalahan ini.


Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”





Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.




Semasa event tersebut, Ayam Brand™ memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus dan timun segar untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat.



Yayasan Sunbeams Home, Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Rumah Impian PJ, Rumah Ozanam, Rumah Sayangan, Home of Peace, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Kasih Harmoni dari Kuala Lumpur dan Selangor menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Yayasan Sunbeams Home, Pastor Victor, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 




“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Yayasan Sunbeams Home untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Yayasan Sunbeams Home tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pastor Victor.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


AJ bersama personaliti TV, Dayah yang cantik manis 



Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang  mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001)  serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.


0 Comments