Ber Steamboat Di Kampung Jalinan Kasih Sayang

Bersteamboat kami lagi... kali ini lebih meriah sebab nya ana buat di kampung bersama mak, abah dan keluarga terdekat. Awal-awal dah bincang dengan adik ana, Lan dan adik ipar ana Jue. Kami kongsi beli bahan-bahan buffet nya. Pes tomyam dan bahan perapan bbq ana bawa dari rumah. Bukan apa , saja nak berkumpul adik beradik dan mak saudara semua. Kami plan malam Diwali yang lepas. Adik sepupu ana, Anom dan anak-anaknya pun balik dari Taiping, lagi ramai lagi meriah walaupun set dapur steamboatnya ada satu jer.. 





Tuu diaa kome.. penuh meja buffet kami dengan pelbagai menu pilihan buffet steamboat dan bbq. Ana beli udang , cendawan enoki dan cendawan tiram, tomato ceri, serta beraneka pilihan ball dan yong tau fu dari NSK Sg Choh ketika on the way nak balik Teluk Intan. Adik ana dan isterinya pula beli ikan dori, ayam, sotong, sedikit lagi udang dan tambah lagi beberapa jenis ball dari pasaraya Mat Frozen, Teluk Intan. Alhamdulillah meriah menu pilihan buffet kami malam tu. 




Macam biasa ayam tu ana hiris nipis supaya cepat masak dan perapkannya dengan sos tiram, sos bbq, serbuk cili dan garam. Kuahnya pula ana buat tomyam kosong dari pes tomyam Thai yang sedap tu. Semua bahan tu selepas kami kira semula dalam RM150 sahaja dan malam tu di nikmati 20 orang dewasa dan 3 kanak-kanak, Capwan, Odek dan Farish si kecil hehe. Berbaloi sangat kan, udang tu tak habis pun esoknya kami masak sambal tumis lagi. 













Paling istimewa lagi, minuman kami malam tu air jagung hasil tangan adik ana, Lan yang dah hampir setahun berjanji dengan anak-anak buahnya nak buat. Last-last merasa juga lah malam tu, memang kaw pekat lemak manis cukup rasa. Jadi master piece atas meja buffet tu. Nanti ana update kan resepi air jagung meletopss tu kay dalam entri akan datang, In Shaa Allah.





Sebenarnya bukan lah jenis sajian atau menu yang menjadi hasrat utama kami, yang lebihnya ialah jalinan silaturrahim dan kasih sayang antara keluarga yang jauh lebih penting. Hari demi hari satu persatu ahli keluarga meninggalkan kami. Peringkat mak-mak dan bapa-bapa saudara khasnya dah tak ramai yang masih ada. Jadi kami peringkat anak-anak ni perlu untuk rapatkan saf antara kami serta kuatkan ukhuwah buat golongan anak-anak kami pula agar tali persaudaraan ini tidak putus. 





Ini kerana, di waktu ini, sepupu semua nya tinggal berjauhan mengikut suami dan punca rezeki masing-masing. Tidak seperti di zaman kanak-kanak kami dahulu semuanya masih sekampung. Jadi, kami ambil peluang setiap kali bercuti panjang, balik kampung dan jalinan ukhuwah di teruskan agar kekal berterusan, In Shaa Allah.





Ana bersyukur sangat bila dapat mengembirakan mak dan abah serta mak-mak saudara yang makin berusia emas ni. Senyum, gelak tawa mereka cukup menyejukkan hati bagaikan dapat melaksanakan satu tanggung-jawab sebagai seorang anak. Mak dan abah siap kata, " ingat kan dah boleh makan tadi, rupanya kena masak lagi pulak ". Inilah kali pertama mereka berdua makan steamboat. Mak saudara ana wan, wancu dan we pun sama, seronok berebut bbq atas set steamboat yang kecil tu tapi Alhamdulillah sempurna majlis kami malam itu. Syukur Alhamdulillah atas segala yang di kurniakanNya. 
Ber Steamboat Di Kampung Jalinan Kasih Sayang Ber Steamboat Di Kampung Jalinan Kasih Sayang Reviewed by Ana Jingga on November 11, 2018 Rating: 5

5 comments:

  1. Bestnya dapat makan sambil kumpul ramai-ramai begitu. Murah saja kalau buat sendiri. Bayangkan kalau makan diluar. Satu kepala berapa dah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia kak Mala, di luar kira kepala ni alhamdulillah kemanisan ukhuwah dan makan sekeluarga sepuasnya :)

      Delete
  2. Selamat pagi, singgah melihat blog..wah meriah dengan menu2 sedap

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak.. Jalinan silaturrahim yang pentkng sebenarnya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.