Kampung halaman di uji musibah banjir

Malam sambutan perayaan Deepavali tu, kami berkumpul ramai-amai sambil makan steamboat di rumah. Mak sauadara, sepupu semua pun ada makan dan kami berborak lah kisah-kisah lama termasuk lah kenangan kampung di landa banjir berpuluh tahun yang lalu. Masing-masing seronok share kenangan lama zaman kanak-kanak main air banjir ni tiap kali air pasang besar melanda. Tapi selepas terbinanya batas atau kami panggil ban di kampung ana di Teluk Intan ni, Alhamdulillah berpuluh tahun dah air tak bah. 

Kalau dahulu, rumah-rumah di kampung ni semuanya tinggi-tinggi bertangga sebab takut masuk air dalam rumah ketika berlakunya banjir. Tapi sekarang semua rumah saudara mara ana ni dah buat extension dapur di bawah atau rumah-rumah yang agak baharu di bina di atas tanah sahaja. kampung kami ni semuanya tinggal di tanah pusaka arwah moyang, jadi semuanya bersaudara mara, bukan orang luar pun. Kerana itu lah kami ni bila cuti panjang pakat balik ramai-ramai memeriahkan kampung.

Cuma mak dan abah ana sekarang tinggal di taman perumahan yang terletak cuma beberapa meter di kawasan rumah kampung kami ni. Jalan kaki pun sampai. Ini kerana adik ana beli rumah di situ dan mak dan abah tinggal di rumah adik ni. Rumah pusaka arwah Tok dan Opah ana, di huni oleh ibu sauadara kami. Gitu lah cerita nya yer. Namun bila balik kampung, rumah arwah Tok dan Opah ni juga lah tempat kami berkumpul sampai ke malam nak tidur baharu lah balik ke rumah adik tu. 




Kampung halaman di landa banjir kilat 



Siapa sangka, subuh pagi 6hb November 2018 yang lepas, mak saudara ana telefon bagitau rumah kena banjir sampai air masuk dalam rumah. Kejadiannya dalam jam 5 pagi bila mereka tersedar rasa air di lantai. Kebetulan salah seorang mak saudara ana ni tidur di atas tilam di lantai depan tv. Nasib baik tersedar dan bangun kejutkan yang lain. Kelam kabut lah juga kerana air naik laju dan cepat memenuhi ruang bahagian bawah. Selepas waktu subuh, baharulah wancu, mak saudara ana telefon abah dan bagitau. 




Dalam jam 7 pagi macam tu  ana, suami, abah dan adik ana masuk ke kampung dan inilah dia gambaran banjir yang melanda. Memang agak dalam walaupun dah beransur surutnya ketika kami sampai tu. Cuma di dalam rumah masih ada air. Kami cedok dan buang air keluar tingkap sambil sapu dengan penyapu lidi halau air keluar rumah. Kemudian mop lantai dan keringkan. 




Alhamdulillah tiada kerosakan barangan elektrik di rumah wancu dan untuk langkah keselamatan takut kalau-kalau air pasang semula esok pagi, adik ana Lan dan suami ana, naikkan paras peti sejuk dan mesin basuh dengan meletakkannya di atas bata-bata agar lebih tinggi kedudukannya. Beberapa rumah bapa dan ibu saudara ana yang lain juga terkena dan rumah we petiais dan penapis airnya tidak berfungsi. Rosak agaknya kerana kami tak berani nak hidupkannya awal-awal. Biarlah dua tiga hari baharu cuba atau tunggu pak saudara ana yang pandai bab letrik ni uruskannya. 




Begitulah musibah kecil yang melanda pagi itu. Air pasang dengan laju dan surut pula selepas beberapa waktu. Kenderaan JPAM masuk dan melihat-lihat sekitar kemudian beredar. Tak serius agaknya jadi mereka pun tidak buat apa-apa. Tak apalah, telah di permudahkanNya bila kami adik-beradik selesaikan pembersihan dalam rumah yang di landa banjir. Kalau tidak sukar juga lah untuk mak-mak saudara  yang dah agak berusia ni kan. Perancangannya amat belas dan terbaik. 

Musibah yang melanda adalah ujian buat kita semua. Mungkin ia satu teguran dari Allah swt dan juga sebuah peringatan dan ana yakin pasti ada hikmatnya. Kami redha dan masih bersyukur kerana ia satu ujian yang kecil berbanding apa yang di alami oleh saudara kita di seberang yang lebih dasyat ujianNya. 

Banjir kilat kali ini juga turut melanda kawasan taman sekitar kami ni antaranya Taman Cicely dan Taman Panglima, Teluk Intan yang kebetulan lokasinya di sekitar sungai Teluk Intan ni. Agak sedih juga pada masyarakat India yang sedang menyambut Deepavali jika ada antara rumah-rumah mereka yang terlibat. Apapun Alhamdulillah, semuanya selamat. Keep Calm kay :) 
Kampung halaman di uji musibah banjir Kampung halaman di uji musibah banjir Reviewed by Ana Jingga on November 07, 2018 Rating: 5

5 comments:

  1. alahai Kak Ana..SA ni cepat jatuh kasihan kalau rumah2 dilanda banjir, walau tak pernah ada pengalaman merasa banjir tapi tau juga penat lelah nak selesaikan rumah selepas banjir, mujur cepat surut kan..sampai tak perlu berpindah ke penempatan sementara..kalau tak lagi susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah SA, dan syukur juga ia tak naik air pasang tinggi sekali lagi, kalau tak bayangkan bila kami semua dah balik tinggal warga emas kebanyakannya.. Allahu perancanganNya adalah yang terbaik.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah Kak Mala, semuanya kembali sedia kala sekadar banjir kilat sahaja musibah kecil menimpa :)

      Delete
  3. Allah.. Sekarang nie memang musim hujan kan.. kena berjaga jaga sentiasa.. tempat yangvtak disangka pun boleh banjir.. mujur air surut cepat..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.