Allahu.. mungkin dah ke penghujung zaman kehidupan kita di atas muka bumi ini, hari demi hari ada sahaja kejadian yang tidak pernah terlintas di fikiran terjadi pada sesetengah insan penghuni alam. Hilang sudah kewarasan fikiran kerana nafsu, hilang jua pertimbangan akal kerana ceteknya ilmu dan keimanan. Makin hari kian menakutkan dalam mengharungi kehidupan yang mahu tidak mahu harus di teruskan. Tak terjangkau akal fikiran ada ketikanya bagaimana satu-satu musibah atas tangan-tangan manusia itu terjadi di dalam alam kehidupan dunia yang sementara ini, dan antara yang terkesan dan membimbangkan ialah keselamatan kanak-kanak dan bayi yang kita amanahkan buat seseorang untuk menjaga keselamatan mereka. 

Ibu ayah di waktu ini, kebanyakannya perlu keluar bekerja untuk kesinambungan kehidupan atas pelbagai sebab dan keperluan. Itu bukan tugas kita mencari dan meletakkan mana-mana kesalahan pada mana-mana pihak. Anak-anak dengan rasa penuh berat hati terpaksa di tinggalkan di tangan pengasuh mahupun taska untuk di jagai. Namun, agak malang ada beberapa kes kebelakangan ini terjadi di luar jangkaan kita sebagai manusia yang di kurniakan akal dan fikiran yang waras. Nauzubillah.. Dan langkah yang sewajarnya harus di ambil untuk dijadikan panduan buat ibu-bapa dalam memilih kepada siapakah anak-anak mereka harus di hantar untuk di jagai dengan penuh rasa tanggung-jawab. 

Foto Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Panduan Pemilihan Pengasuh 



Ana merujuk kenyataan media dari sumber : ( https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm ) menjelaskan seperti di bawah :


SENARAI SEMAK/PANDUAN PEMILIHAN PENGASUH DI RUMAH


1. Kementerian mendapati masih terdapat hampir 90% TASKA yang tidak berdaftar dengan JKM. Kekurangan bilangan pengasuh yang berkelayakan juga memberi kesan terhadap jumlah TASKA yang berdaftar. Unjuran banci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, menganggarkan jumlah kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun pada tahun 2018 adalah seramai 2.3 juta orang. Berdasarkan statistik ini, sekiranya kita beranggapan bahawa 50% daripada kanak-kanak di Malaysia yang berusia 0 hingga 4 tahun memerlukan TASKA, maka negara kita memerlukan 38,333 buah TASKA bagi menampung jumlah kanak-kanak tersebut.


2. Statistik pendaftaran TASKA JKM menunjukkan bahawa bilangan TASKA yang berdaftar hanya berjumlah 4,378 buah sahaja (11%). Bilangan ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan keperluan TASKA di dalam negara kita. Kekurangan bilangan pengasuh berkelayakan dan bilangan TASKA berdaftar akan turut memberi implikasi kepada kualiti pengasuhan dan keselamatan anak-anak kita.


3. Kementerian sentiasa bekerjasama dan mendapatkan maklumbalas dari pemegang taruh (stakeholders) antaranya dari Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Early Childhood Care and Education (ECCE) dan beberapa pihak yang lain. Kami berpendirian adalah sesuatu yang mustahil untuk menguatkuasakan peraturan ke atas pengasuh dari kalangan ahli keluarga atau rakan yang menjaga kurang daripada 3 orang kanak-kanak kerana skop untuk mengawal selia terlalu luas dan tidak praktikal.


4. Bagi membantu ibu bapa yang akan menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh, Kementerian menyediakan satu senarai semak kualiti pengasuh di rumah berbentuk infografik yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa sebelum dan selepas menghantar anak mereka kepada pengasuh. Infografik ini
adalah mekanisma yang berbentuk sementara sebelum sistem semakan yang komprehensif yang sedang dibangunkan oleh Kementerian siap sepenuhnya. Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Early Childhood Care and Education (ECCE) dan beberapa doktor pakar juga turut terlibat dalam menghasilkan infografik ini.


5. Kementerian ini menyeru kepada semua khususnya ibu bapa agar menjadi lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa dan info-info terkini yang disalurkan oleh Kementerian terutamanya mengenai isu keselamatan kanak-kanak. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau menyalahi undang-undang yang berlaku di TASKA ataupun di rumah pengasuh dengan menghubungi Talian Kasih 15999.

Senarai semak kualiti pengasuh di rumah berbentuk infografik 



Foto Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Foto Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Laman Rasmi.




Foto Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Foto Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Foto Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.


Rujukan dan sumber foto dari : www.facebook.com/kpwkm


Ana masih yakin dan percaya tidak semua pengasuh yang tidak menjaga amanah yang di berikan. Masih ramai pengasuh di luar sana yang mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan anak-anak di bawah asuhan mereka malah ada yang menyayangi anak-anak ini seperti anak mereka sendiri. Namun sering terjadi ialah hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bukan mudah untuk merealisasikan panduan yang di beri di atas kerana ada ketikanya ibubapa yang menghantar anak mereka kepada pengasuh kerana tiada pilihan dan itulah yang terbaik buat mereka. 

Cuma garis panduan di atas wajar di ambil berat dan di jadikan panduan ( guideline ) dalam memilih pengasuh. Paling tidak pun kenali dahulu latar belakang pengasuh serta persekitarannya dan cubalah merisik-risik dari jiran mereka yang mungkin telah lama nampak akan perilaku penghuni yang bakal kita tinggalkan anak dalam jagaan mereka, In Shaa Allah.  Semoga kita semua terpelihara dari segala keburukan dari dunia hingga akhirat. 

2 Comments

  1. Masa Sha mula mula nak hantar anak ke Taska dulu pun memang Sha akan rujuk laman web nie.. nak tengok ada sijil ke tak.. Bila dah hantar, kadang kadang Sha datang secara mengejut untuk melihat keadaan anak di Taska..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha, bukan mudah nak beri kepercayaan kepada orang luar untuk jaga anak kita kan.. semoga boleh di jadikan rujukan berfaedah buat ibu abaoa di luar sana , in Shaa Allah

      Delete