Sotong grill paling sempoi

Rajin pula ke pasar pagi ni nak cari lauk pauk untuk stok anak-anak yang sedang bercuti sem break seminggu di rumah. Rezeki terjumpa sotong besar-besar dan gemoks-gemoks, harga pun boleh tahan la.. sekilo RM28.90 . Ana ni jenis kalau membeli tak lah ambil sampai sekilo.. ikut saiz sekali makan sahaja. Bajet siap-siap untuk bilangan ahli keluarga. Selalunya satu menu tu untuk satu hidangan, kalau makan tengahari misalnya, makan malam masak lain pula . Malam selalu pun jarang kami makan nasi campur, ikut mana yang ada sekadar mengalas perut. 



Resepi Sotong bakar mudah 


Bila bawa balik sotong besar-besar ni, mulanya cadang nak masukkan dalam tomyam. Tetapi teringat pula pernah lihat dalam FB adik ipar ana, dia buat sotong bakar. Malas nak google resepi, ana hentam jer lah ikut versi sendiri. Dan Alhamdulillah sedap di makan dengan air asam yang Kak Long buat. Kalau korang nak try resepi versi anajingga dot com , meh ana sharekan resepi yang paling sempoi tapi sedap ni. Cewahhh!! Masuk bakul angkat sendiri nampak.. :) 

Bahan-bahan sotong bakar 


1. Mestilah kena ada sotong nya kan - bersihkan tanpa kepala simpan buat nasi goreng nanti. Kelarkan bahagian badan sotong supaya ia mudah masak dan tidak bergulung bila di panggang atau di grill nanti.

2. Bahan perapannya :
- sos bbq
- sos seasoning Maggi
- serbuk cili powder
- serbuk kunyit
- garam secukup rasa

Kesemua bahan perapan ni ikutlah jumlah yang mencukupi untuk berapa ekor sotong yang korang nak gunakan nanti. Ni kira resepi campak-campak sahaja ni.

3. Gaul dan perapkan pada sotong dalam beberapa minit kemudian grill, bakar atau panggang kan ia. Ana grill kan di atas non-stick pan sahaja tanpa minyak.

4. Balik-balikkan setiap belah dalah 3-4 minit dan api tidak terlalu besar kerana jika ia over cook sotong akan menjadi liat.

5. Angkat dan hidangkan bersama air asam ataupun sos cili Thai.

Mudahkan. Selera juga lah untuk hidangan sekeluarga bila sesekali nak tukar menu. Masak di rumah sebegini jauh lebih jimat dari makan di kedai yang mana harga sotong pun bukan murah sekarang ni. Alhamdulillah.. semoga perkongsian ini dapat memberikan secebis idea untuk sajian korang sekeluarga. Selamat mencuba kay.. :)

Sotong grill paling sempoi Sotong grill paling sempoi Reviewed by Ana Jingga on November 03, 2018 Rating: 5

6 comments:

Powered by Blogger.