Khas buat wanita, jangan sesekali abaikan penjagaan kebersihan bahagian feminin kita. Untuk ana sendiri dari dahulu dan kini masih setia menggunakan produk Sumber Ayu sahaja dan Alhamdulillah ianya serasi dan berkesan pada ana. Sumber Ayu ni berasaskan ekstrak daun sireh. Dan arwah opah ana sendiri pun dahulunya ada berpesan tentang khasiat daun sireh ini amat baik untuk penjagaan dalaman wanita. Di tambah pula dengan rahsia herba manjakani yang umum tahu keserasiannya dalam menjaga keintiman kebahagiaan rumahtangga. 

Namun hasil inovasi terkini dari Sumber Ayu, hari ini ana nak perkenalkan pula produk terbaharu iaitu SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE. Wahh!! Berminat tak nak tahu wahai wanita-wanita ayu di luar sana. Ini adalah produk yang di jual di farmasi dan pastilah ia tidak ada bahan-bahan yang tidak selamat kan. Tahap pengilangan yang terbaik dan kualiti pembuatan yang terjamin, In Shaa Allah. Jom kita baca lebih lanjut apa yang terbaharu dari SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk wanita. 




Untuk pengalaman ana sendiri selepas seminggu menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, apa yang paling terkesan ialah ia nya datang dalam pekatan yang lebih pekat dari produk Sumber Ayu yang lazim ana gunakan sebelumnya. Bauan haruman yang lebih wangi dan keselesaan yang terbukti berkesan pada ruang dalaman wanita. Best dan awesome sungguh bila kita berasa segar dan bersih sepanjang hari. 


SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit sekitar kawasan intim lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? 

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersamasuami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda. 




Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda.Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekalian berasa diri  anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.





Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5,ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. SumberAyu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dankegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahansemulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulitsensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, SumberAyu 3X Pearly White diiktiraf HALAL.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.




Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu  90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50. SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.







LATAR BELAKANG WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

Antara jenama terkemuka daripada 24  jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh setanding jenama hebat yang lain sebagai peneraju pasaran di sebab kan jenama yang terhasil direka khusus dan diciptakan untuk pengguna Asia


4 Comments

  1. produk yang tidak asing lagi bagi wanita yang sentiasa menjadi pilihan dari dulu hingga kini...sumber ayu.,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jenama yang amat di yakini dan dipercayai sekian lama, in shaa allah

      Delete
  2. Produk ini lama dah dan masih bertahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kan Sha , senang nak beli cari sahaja di farmasi atau pasaraya .

      Delete