Dalam dunia maya masa kini segalanya pantas, kemajuan dengan segala maklumat dihujung jari mencipta pelbagai ilusi yang kadang-kadang membuatkan naluri insan turut melatah tanpa sedar. Apa sahaja yang di sampaikan,dilihat dan dirasakan benar pada pandangan nya, dengan pantas di kongsikan kepada umum tanpa sekelip saat pun ambil kira sama ada ianya benar atau palsu. Cukup membimbangkan dan menakutkan kesan dan akibat dari perbuatan sekali klik yang bakal kita terima kiraannya di akhirat kelak.


Nampak mudah, 'share' dan 'forward' tak kiralah berita, gossip, isu-isu semasa dan viral, malahan video, foto mahupun sekadar teks tulisan.. sekali klik sampailah kepada ratusan kemudian ribuan kemudian jutaan tersebar sepantas kilat. Dan dari jari kita yang klik itu pula akan ada jari-jari lain pula menyambung dan hingga ke akhirnya kekal di alam internet. Deretan komen, makian, cacian, kecaman pun bertalu tanpa segan silu, tanpa rasa bertanggung jawab lantas kekal di sana sini hingga ke akhirnya.


Tak takut kah kita, andainya tiba-tiba ajal menjemput dan ianya masih bertebaran... Nauzubillahi Min Zalik. Dari jari kita yang menyebarkannya, yang mencoretkan komen itu menjadi saham akhirat bagaikan satu jariah kekal berpanjangan. Inilah dia yang di namakan dosa jariah. Minta di jauhkan kerana apa yang kita perlukan di alam kubur hingga ke alam akhirat cuma amalan pahala jariah yang berpanjangan yang dapat meringankan azab dan memberi peluang untuk kita menjadi penghuni syurgaNya.. Aamiin.



Tak semua yang kita lihat itu benar.. apatah lagi di dalam dunia cyber segalanya boleh terjadi dengan hanya satu editing yang mudah. Cuba kita lihat gambar di atas kiriman whatsapp dari seorang sahabat ana. Apa yang kita nampak dalam gambar tersebut adalah seperti objek batu yang terapung, bukan..??

Sekarang dari gambar yang sama ana 'rotate' atau terbalikkannya dan apa yang terlihat pula adalah batu tersebut tenggelam di dalam air. Jadi dari sekeping foto yang sama ada dua jalan cerita yang berbeza yang hanya sebuah permainan editing untuk menjadikannya satu kisah yang luar biasa. 






Begitu juga dengan hanya satu gambar, video ataupun cerita dari sebelah pihak yang kita terima, boleh jadi kisahnya berbeza pada pihak sebelah lain. Musuh dalam politik, agenda yang ingin merosakkan aqidah umat Islam dan sebagainya mempunyai tangan-tangan kreatif yang boleh membuatkan masyarakat menyebarkan satu-satu info dan risalah dengan pantas jika kita tidak ambil sedetik dua masa berfikir dengan waras benar atau tidaknya sebelum laju menyebarkannya semula. Awasilah jari kita dengan minda yang waras.




Begitu juga dengan sekali pandang dalam foto di atas, apa yang kita akan nampak dengan pantas ialah beberapa ekor burung sedang bertenggek di atas dahan bukan ?? Namun bila kita amati dengan teliti (zoom) pada foto tersebut ianya cuma kuntuman bunga atau tumbuhan yang menyerupai sang burung. 


Berhati-hatilah saudaraku sekalian dengan dunia cyber dan keseronokan untuk meyebarkan sesuatu yang kita sendiri belum tahu kebenarannya. Usah ikut trend masa kini yang boleh menjerumuskan kita ke pengakhiran yang hina, amat amat merbahaya dan menakutkan. Kita semua bukanlah hambaNya yang suci tetapi selagi ada ruang dan kesempatan, kita perlu berpesan-pesan, ingat mengingati kerana kita semuanya lalai dan leka dalam keseronokan dunia. Semoga apa sahaja yang kita jalani di atas mukabumiNya paling tidakpun mencari jalan untuk ke syurgaNya jua. Aamiin.. In Shaa Allah.

**Kredit buat pemilik foto-foto di atas 

10 Comments

  1. Sekarang ni macam2 kak.Semua tersebar dengan sangat cepat.Sahih atau tidak tu dah jadi perkara kedua ketiga.Merisaukan sangat.Kadang terasa berada dipersekitaran yang tidak sihat.Fakta auta bercampur baur.Kebeñaran dan fitnah dah susah dinilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menakutkan, kadang-kadang bila kita tegur khasnya dalam group2 whatsapp keluarga ada pula yang cepat terasa.. Allahu , nak nak lagi mereka yang jauh lebih berusia dari kita ni..

      Delete
  2. Hati2 apabila menerima apa juga bentuk infor, terutama dalam wtsuup. kadang infor yang dah bertahun di viralkan semula..lepas tu tanpa berfikir di hantar kat teman..malu kita apabila kita di tanya ..infor lama ni dari tahun2 lalu..itu sebab kita kena berfikir sebelum share.Dunia cyber

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu nya kan Etuza, perkara dah lama berlaku namun masih terus berkeliaran di alam maya, amat-amat menakutkan dengan fitnah akhir zaman ni

      Delete
  3. sekeping gambar boleh mencetuskan berbagai andaian...

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang memang kena berhati-hati.. Fitnah berleluasa di mana-mana..

    ReplyDelete
  5. Orang lebih percaya berita palsu dari mendengar cerita yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana budaya malas nak selidik dan rujuk sumber kan Kak Mala, terus je percaya

      Delete