Khasiat Aloe Vera atau daun lidah buaya dalam remedy kecantikan dan perawatan wajah ni telah berkurun lama kita ketahui. Ada yang menggunakannya terus dari bahan mentah sebagai merawat pelbagai masalah kulit khasnya parut dan kerengsaan pada wajah. Tapi pada ana sendiri belum pernah berani menggunakkannya terus pada wajah kerana kurang yakin dan bimbang alahan pada kulit. Ye lah kan, jenis kulit kita berbeza-beza, boleh jadi serasi dengan orang lain tetapi tidak pada kita untuk menerimanya secara direct. 

Untuk itu, ana lebih meyakini produk yang telah siap di proses secara klinikal dan yakin hanya ektraks yang terbaik yang boleh di aplikasikan terus pada wajah. Banyak jenama penjagaan yang berasaskan Aloe Vera di pasaran dan kali ini ana nak memperkenalkan satu brand yang terkenal Hansaegee Nature Products 100% Original made in Korea. Antara rangkaian produk kecantikan Hansaegee Nature yang ana berikan pada Kak Long mencubanya baru-baru ini ialah ALOE AC Clean Bubble Cleanser. Apa yang menarik tentang buih pencuci wajah ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni ? Jomm.. ikuti pengalaman Kak Long menggunakannya selama seminggu yang lalu ... 



Hansaegee Nature - ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Gadis remaja khasnya sering berhadapan dengan masalah kulit wajah berminyak dan akibatnya timbul jerawat nakal bermain-main di wajah. Sebagai student, kadang-kadang lewat tidur , faktor pemakanan yang tak terjaga, makan makanan segera yang banyak kandungan MSG, rutin harian yang sibuk , akhirnya jerawat pun datang tanpa di undang. Arghhh!!!  Dah laa stress dengan study, tambah stress bila tengok wajah sendiri. Itulah antara keluhan Kak Long bila balik dari kampus.




Sebagai ibu, ana cuba sebaik mungkin untuk meringankan stress anak-anak ni dan bila ana terlihat beberapa kawan di media sosial yang bercerita tentang buih pencuci wajah berasaskan Aloe Vera dan Minyak Tee Tree ni, macam berminat pula nak beri Kak Long mencubanya. Feedback dari mereka pun semuanya okay.. Ana dapatkannya dan selepas seminggu Kak Long menggunakannya sebagai cleanser, ada kesan positif di mana kulit wajahnya kurang berminyak dan nampak segar dan bermaya. Jerawat nakal nya pun nampak mengecil dan ana yakin dengan penggunaan yang konsisten , In Shaa Allah boleh membuahkan hasil yang positif. 




Cara menggunakan Hansaegee Nature - ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Hansaegee Nature - ALOE AC Clean Bubble Cleanser di datangkan dalam bentuk buih pembesih yang mewah. Dengan sekali pam sahaja , ia dapat meratakan ke seluruh wajah. Botol dengan pam ini lebih menjimatkan penggunaannya agar tidak membazir dan tahap kebersihannya adalah lebih tinggi dari jenis tiub yang kita picit keluar. 




1.      Basahkan terlebih dahulu muka dan tapak tangan.

2.      Pump kan Hansaegee Nature - ALOE AC Clean Bubble Cleanser ke atas tapak tangan.

3.      Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan untuk seketika. 

4.      Bilas wajah dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. 





5. Kulit wajah akan berasa sangat segar dan kekal kelembapannya selepas cucian. Lakukan rutin yang sama sekurang-kurangnya dua kali sehari pagi dan malam. 



Apakah kebaikan Hansaegee Nature - ALOE AC Clean Bubble Cleanser


Hansaegee Nature - ALOE AC Clean Bubble Cleanser diformulasikan dari  Aloe Barbadensis Leaf ( daun lidah buaya ) dan Tea Tree Leaf Oil




Aloe Vera bahan yang baik untuk : 

~ Melembabkan kulit wajah 
~ Membersihkan kulit 
~ Mengatasi masalah sunburn ( kulit terbakar ) 
~ Merawat masalah jerawat
~ Anti infleksi 
~ Mengurangkan bekas parut 

Minyak Tee Tree pula baik untuk : 

~ Melembutkan wajah
~ Anti fungus
~ Merawat jerawat
~ Membersihkan wajah
~ Mengurangkan infeksi pada wajah 

Selain dari dua bahan utama tu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni turut mengandungi  Salvia officinalis ( Sage ) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia ( Lavender ) Extract, Rosmarinus officinalis ( Rosemary ) Extract dan Jasminum Officinale ( Jasmine ) Extract.





Selain Kak Long, ana sendiri pun tertarik dan serasi menggunakan Buih Pembersih Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Bukan apa memang segar sangat wajah selepas membersihkannya dengan kemewahan buihnya yang sangat melimpah ruah tu. 







Secara umumnya dapat lah di simpulkan antara kebaikan Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser ialah : 

1. Membantu mengatasi masalah jerawat

2. Membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kulit

3. Formulasi buih pembersihnya dapat mengeluarkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit

4. Mengawal minyak pada wajah yang boleh menjadi punca masalah jerawat.

5. Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit wajah.

6. Ianya sesuai untuk  jenis kulit, Kulit berminyak / Kulit kering / Kulit gabungan





Jadi usah berlengah lagi, bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan jerawat ana cadangkan mencuba sendiri Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Didatangkan dalam saiz 150ml berharga cuma RM 65. Mana tahu ianya menjadi satu solusi pagi masalah wajah anda. Tak cuba tak tahu kan. Boleh singgah ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah ini untuk info lebih lanjut dan pembelian. 


Brand : Hansaegee Nature 






8 Comments

  1. Wah.. makin comel kak ana dengan anak daranya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe anak kak ana yang ada masalah jerawat tapi sekarang dah okay sikit dengan penjagaan wajah yang serasi dengan nya

      Delete
  2. terbaik , dulu suka jugak pakai aloe vera, sekrang tak rajin, tapi sekarang mudahkan , macam produck ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada kak ana lebih baik gunakan aloe vera yang dah diproses ni lebih selamat kan Yana :)

      Delete
  3. bgus la produk hansagee ni..suka tengok cleanser dia, berbuih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka juga pada buih pembersihnya tu Nad mewah sangat :)

      Delete