Di dalam dunia maya yang mana kadang-kadang manusia hanya pandai menaip dengan jari dan bukan dengan mata hati ketika ini, pelbagai isu boleh di salah tafsirkan mengikut kehendak minda tanpa fakta yang jelas dan sahih. Mungkin ini lah yang di katakan dunia tanpa sepadan, yang di salah gunakan oleh netizen dalam kebebasan memberi pandangan tanpa merujuk terlebih dahulu ke sumber-sumber yang sah. Nauzubillah... menakutkan sehingga isu-isu berkaitan agama sendiri menjadi bahan perdebatan dan masing-masing mempertahankan pendapat yang belum tentu benar. 

Hari ini ana rasa terpanggil sangat untuk sama-sama berkongsi di ruang yang tanpa suara ini satu penerangan yang jelas dan sahih dari sumber yang sah.. menjawab pelbagai persoalan tentang bagaimana PENGAGIHAN ZAKAT di laksanakan khasnya di  WILAYAH PERSEKUTUAN ini. Ambil lah sedikit masa untuk kita sama-sama melihat sendiri apa yang telah dan akan di lakukan oleh pihak MAIWP dalam menjawab pelbagai persoalan yang timbul. Semoga lebih jelas dan tidak lagi ada kekeliruan dalam beberapa isu yang bakal di perjelaskan di bawah ini.. In Shaa Allah. 



PENGAGIHAN ZAKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Apakah peranan MAIWP dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan?


MAIWP ataupun Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, berperanan menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kutipan zakat dilaksanakan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Manakala aktiviti agihan zakat dilaksanakan sendiri oleh MAIWP.

Namun pelbagai andaian dan tohmahan telah bermain di kalangan masyarakat sehingga ada yang mempertikaikan sama ada betulkah MAIWP tidak agihkan zakat? Inilah antara persepsi dan tanggapan negatif sudah sangat bersarang di kalangan masyarakat tanpa meneliti atau mencari sumber untuk rujukan terlebih dahulu. 

Ingin ana jelas bahawa MAIWP telah merangka pelbagai bentuk program agihan zakat. Agihan zakat dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja.

Sebagai contoh satu keluarga yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf miskin. Mereka akan dibantu antaranya dengan:

~ Bantuan Kewangan Bulanan



~ Bantuan Sewa Rumah  sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah




~ Bantuan Pelajaran kepada anak-anak




~ Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan




~ Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan


Bagaimanakah MAIWP mempermudahkan proses permohonan dan penyaluran bantuan zakat?


Sebelum ini, proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP. Namun untuk memudahkan proses permohonan dan penyaluran bantuan zakat, mulai dari tahun 2008, bagi memudahkan lagi orang ramai untuk berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Puast Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA.




Sehingga kini terdapat 10 buah PAZA telah dibuka iaitu 9 di Kuala Lumpur dan satu di Labuan. Ana sertakan disini pautan lokasi PAZA di : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/hubungi-kami/lokasi-kami Di PAZA, semua bentuk urusan permohonan yang boleh dibuat di ibu pejabat kesemuanya boleh dibuat di PAZA. MAIWP juga menyediakan borang permohonan yang ringkas dan mudah iaitu sehelai kertas sahaja dengan dua halaman. Alhamdulillah.. mudah bukan ?? 




MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP yang turun ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sebagainya. 



Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan untuk turun padang mencari dan menjejaki mereka yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Skuad ini secara rutin turun padang ke PPR dan lain-lain lokasi yang dilihat ada ramai yang memerlukan.

Selain itu, mereka juga memohon kerjasama orang ramai untuk turut membantu menyalurkan maklumat kepada Baitulmal MAIWP. Boleh maklumkan menerusi:

Hotline :
 012-518 3614/ 012-512 7614

Talian bebas tol: 
1800885222

Facebook: 
Baitulmal MAIWP dan MAIWP




Tidak terbatas setakad itu sahaja , terdapat cara lain juga untuk MAIWP mengagihkan zakat.  Menerusi agihan zakat secara tidak langsung MAIWP di mana dana zakat dimanfaatkan untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. 

Dalam aktiviti pendidikan, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sehingga pengajian tinggi. Institusi pendidikan di bawah MAIWP adalah : 

~ Taska Darul Hannan –pusat asuhan kanak-kanak 

~ Tadika-tadika Islam – 81 buah

~ Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri 

~ SMA-MAIWP Labuan

~ Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak

~ Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan

~ Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan

~ Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda

~ Darul Ilmi di Sungai Penchala

~ Pondok Moden Al-A’baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak

~ Ma’alim al-Sunan Li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah

Manakala Institusi perlindungan & Kebajikan dibawah MAIWP ialah : 

~ Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak untuk anak-anak yatim

~ Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial

~ Darul Hidayah – perlindungan untuk muallaf

Benarkah wujud birokrasi dalam permohonan bantuan zakat? 


Satu lagi tohmahan dan persepsi negatif di kalangan masyarakat ialah kononnya wujud birokrasi di dalam permohonan bantuan zakat . Perlu di jelaskan bahawa hakikatnya tiada istilah birokrasi yang menyusahkan dalam permohonan bantuan zakat di MAIWP.

Mengisi borang untuk mendapatkan maklumat asas penting pemohon tidak boleh dilihat sebagai birokrasi yang menyusahkan apatah lagi borang permohonan hanyalah sehelai sahaja (2 halaman) Maklumat penting ini diperlukan bagi memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima zakat. Ini kerana MAIWP memikul amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan untuk mengagihkannya kepada mereka yang layak.

Permohonan juga tidak perlukan pengesahan mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya. Proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari manakala bagi kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan segera.




Dan sekiranya masih ada orang yang mempersoalkan ketelusan dalam pengurusan zakat, Ketahuilah bahawa di MAIWP, mereka sentiasa diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Kita juga perlu mendapatkan kelulusan daripada JK Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti bagi setiap sen zakat yang ingin dibelanjakan.

Alhamdulillah, MAIWP telah menerima Sijil Audit Bersih Lebih 10 Berturut-turut sejak 2006 dan Penarafan 4 bintang bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan juga daripada Jabatan Audit negara selama 3 tahun berturut-turut 2011 hingga 2013.

Bagaimana nak tahu tentang agihan zakat MAIWP? Silalah layari dari mana-mana pautan yang ana berikan di bawah ini yang merupakan sumber rujukan sahih di atas segala butiran di atas. 
www.maiwp.gov.my

Facebook MAIWP  :

Facebook Baitulmal MAIWP: 

Instagram: 

Youtube : 
MAIWP TV


Semoga dengan apa yang ana perincikan di atas ada manfaatnya buat kita khasnya yang masih keliru tentang pengagihan zakat khususnya untuk pembayar di Wilayah Persekutuan. Bacalah dan fahami dahulu sebelum kita mudah memberi andaian yang tak berasas dan yakinlah dengan peranan dan amanah yang telah di laksanakan oleh mereka yang di lantik dan dipertanggung-jawabkan dalam melaksanakannya. Dan adalah menjadi satu kewajipan pula bagi yang cukup syaratnya untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah swt membayar zakat dengan bersegera kerana dalam setiap rezeki yang kita perolehi ada bahagian buat asnaf. Waallahu a'lam.. 

6 Comments

  1. Alhamdullilah banyak bantuan yang diberikan kepada yang layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah CP semoga lebih ramai asnaf yang mendapat pembahagian yang sewajarnya. In Shaa Allah

      Delete
  2. Alhamdulillah...InsyaAllah tidak akan sia2 bila kita mengeluarkan zakat , semoga golongan yang mendapat bantuan dapatlah diringankan beban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah PPZ akan dan telah melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang di pikul dengan sebaik mungkin.. Alhamdulillah

      Delete
  3. Tq share kak ana.. bagus info nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Sha, kadang-kadang orang ramai cuma pandai komen tapi malas nak dapatkan info yang sahih dan benar :(

      Delete