Bestnyaa Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
Wanita ... kecantikan dan wangian.. tiga elemen yang tak dapat di pisahkan. Dah bersolek lawa-lawa , berpakaian cantik-cantik pastilah kita nak tampil berwangi-wangian kan. Ana tahu banyak pilihan wangian di pasaran sekarang ni, cuma kena pilih sesuatu yang sesuai dengan haruman yang boleh di gunakan sepanjang hari untuk tubuh kita. Teruja sangat nak kongsikan dengan korang hari ini, ialah apabila adanya wangian terbaharu dari Althea Korea. STAY FRESH BODY SPARKLING MIST yang berkolaborasi dengan pelakon terkenal dari Indonesia Titi Kamal. Woww!!! Wangiiii dan menyegarkan sangat aromanyaa...

Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
Jom kita selongkar apakah keistimewaan nya Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST? Pada ana harumannya yang sangat feminin gabungan aroma bunga dan buah. Mist Stay Fresh Body Sparkling adalah kombinasi aroma sitrus oren dan peach yang manis, diikuti oleh pantulan nada bunga merah yang selalu anggun. Note yang tidak terlalu kuat, haruman parfum lembut dan yang paling penting kekal lama sepanjang hari dengan setiap semburan. Diformulasikan dengan tidak kesan melekit dan menyegarkan sesuai untuk kita wanita urban masa kini yang sentiasa ingin kekal fresh dan pantas.
Siapakah Titi Kamal ni sebenarnya ? Titi Kamal adalah seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan gaya dan fesyen terkini. Amat dikenali dengan rambut hitamnya yang panjang dan menawan , dia juga adalah ikon kecantikan yang menambat hati penggemar di seluruh Asia Tenggara.
Semburan Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST setiap kali sebelum melangkah keluar rumah dan ia memberikan haruman yang sungguh menyegarkan untuk Adik Ika dan Kak Long sebelum ke kelas setiap pagi. Saiz 100ml yang comel ini juga mudah di bawa di dalam beg untuk mempastikan kekal harum pada bila-bila masa. Ia sesuai untuk semua jenis kulit kecuali yang alah pada minyak wangi lah kan...
Kandungan bahan dalam Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
Damask rose water - Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan keharuman lembut
Minyak jeruk manis - Menyegarkan
Ekstrak bunga Elder - Mendinginkan dan menenangkan kulit sementara memberikan aroma feminin
Diformulasikan dari Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin
Oleh itu, Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ini dapat di rumuskan :
~ Semburan Mist yang segar ini sesuai untuk gaya apa pun, dari penampilan romantis yang kelas hingga kasual setiap hari .
~ Semburan Mist yang tidak melekit yang dapat digunakan sebagai parfum elegan kerana meninggalkan aroma segar pada tubuh.
~ Wangi-wangian gabungan bunga dan buah-buahan yang lembut dan tahan lama.
~ Dengan air Damask Rose, ekstrak bunga Lily Magnolia, ekstrak dari bunga jeruk dan banyak lagi, 5 ekstrak bunga dicampur secara harmonis untuk memperkaya aroma.
~ Kemasannya ringan dan portabel yang dapat dengan mudah masuk kedalam tas atau dompet untuk di bawa ke mana-mana sahaja.
Untuk pembelian Saiz 100ml cuma RM35 ,
mudah sangat secara online terus dari Althea.Kr klik sahaja di :
6 Comments
terbaek :)
ReplyDeletemangiii :)
Deletesuka pulak Sha tengok packaging dia.. lawa..
ReplyDeletekann cantik Sha :)
Deletememang best..bau angi..lepas mandi tak lupa nak sparay
ReplyDeletekena repeat order lepas ni kan Nad :)
Delete