Wanita ... kecantikan dan wangian.. tiga elemen yang tak dapat di pisahkan. Dah bersolek lawa-lawa , berpakaian cantik-cantik pastilah kita nak tampil berwangi-wangian kan. Ana tahu banyak pilihan wangian di pasaran sekarang ni, cuma kena pilih sesuatu yang sesuai dengan haruman yang boleh di gunakan sepanjang hari untuk tubuh kita. Teruja sangat nak kongsikan dengan korang hari ini, ialah apabila adanya wangian terbaharu dari Althea Korea. STAY FRESH BODY SPARKLING MIST yang berkolaborasi dengan pelakon terkenal dari Indonesia Titi Kamal. Woww!!! Wangiiii dan menyegarkan sangat aromanyaa... 



 

Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST 


Jom kita selongkar apakah keistimewaan nya Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST? Pada ana  harumannya yang sangat feminin gabungan aroma bunga dan buah.  Mist Stay Fresh Body Sparkling adalah kombinasi aroma sitrus oren dan peach yang manis, diikuti oleh pantulan nada bunga merah yang selalu anggun. Note yang tidak terlalu kuat, haruman parfum lembut dan yang paling penting kekal lama sepanjang hari dengan setiap semburan. Diformulasikan dengan tidak kesan melekit dan menyegarkan sesuai untuk kita wanita urban masa kini yang sentiasa ingin kekal fresh dan pantas.





Siapakah Titi Kamal ni sebenarnya ? Titi Kamal adalah seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan gaya dan fesyen terkini. Amat dikenali dengan rambut hitamnya yang panjang dan menawan , dia juga adalah ikon kecantikan yang menambat hati penggemar di seluruh Asia Tenggara. 




Semburan Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST setiap kali sebelum melangkah keluar rumah dan ia memberikan haruman yang sungguh menyegarkan untuk Adik Ika dan Kak Long sebelum ke kelas setiap pagi. Saiz 100ml yang comel ini juga mudah di bawa di dalam beg untuk mempastikan kekal harum pada bila-bila masa. Ia sesuai untuk semua jenis kulit kecuali yang alah pada minyak wangi lah kan... 





Kandungan bahan dalam Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST 





Damask rose water - Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan keharuman lembut 

Minyak jeruk manis - Menyegarkan 

Ekstrak bunga Elder - Mendinginkan dan menenangkan kulit sementara memberikan aroma feminin

Diformulasikan dari Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin 




Oleh itu, Althea STAY FRESH BODY SPARKLING MIST ini dapat di rumuskan :

~ Semburan Mist  yang segar ini sesuai untuk gaya apa pun, dari penampilan romantis yang kelas hingga kasual setiap hari .

~ Semburan Mist  yang tidak melekit  yang dapat digunakan sebagai parfum elegan kerana meninggalkan aroma segar pada tubuh.

~ Wangi-wangian gabungan bunga dan buah-buahan yang lembut dan tahan lama.

~ Dengan air Damask Rose, ekstrak bunga Lily Magnolia, ekstrak dari bunga jeruk dan banyak lagi, 5 ekstrak bunga dicampur secara harmonis untuk memperkaya aroma.

~ Kemasannya ringan dan portabel yang dapat dengan mudah masuk kedalam tas atau dompet untuk di bawa ke mana-mana sahaja.

Untuk pembelian Saiz 100ml cuma RM35

mudah sangat secara online terus dari Althea.Kr klik sahaja di :




6 Comments