Biskut Marie Yang Penuh Nostalgia
Membesar di zaman 80-an di mana dalam melangkah hari demi hari kehidupan kami ketika itu tak banyak pilihan yang ada. Tinggal pula di kampung halaman. Teluk Intan sebuah pekan yang agak sederhana juga besarnya segala keperluan infrastruktur yang boleh di katakan serba lengkap, namun menikmati alam kanak-kanak dan dewasa dalam serba sederhana. Itulah dunia kami, penuh keseronokan dengan cara kami ketika itu.
Kalau bercerita tentang kudapan, ketika itu kami tak punya banyak pilihan jajan. Selebihnya, untuk mengenyangkan perut kami makan biskut dan roti sahaja lah. Biskut pun tak banyak aneka pilihan seperti sekarang ni, kalau bukan biskut empat segi, atau mak ana panggil biskut masin ( krim kreaker tu sebenarnya ), satu lagi biskut pilihan yang ada ialah biskut Marie.
Inilah dia biskut Marie.. biskut kegemaran ana ketika zaman kanak-kanak dahulu. Lama dah biskut ni berada di pasaran. Cuma sekarang ni ia datang dalam dua tiga pilihan perisa macam coffee dan sebagainya. Kalau dulu tu, tak ada perisa. Cuma sekadar biskut Marie sahaja.
Selalu mak beli dalam timbang kati ketika itu dan di jual di kedai runcit India di sekitar bandar Teluk Intan ni. Sedap sesekali dapat cicah biskut Marie ni dengan teh o di petang hari. Tapi tak boleh rendam lelama habis lembik dia kan.. hehe :) .
Biskut zaman dulu-dulu
Selain dari biskut Marie dan biskut Krim Kreaker yang empat segi dan masin tu , juga ada biskut lutut. Haa .. korang mesti tak pernah dengar biskut lutut ni kan.
kredit foto : Toluna |
Inilah dia biskut lutut. Biskut ni keras ya amat kalau nak makan kena pecahkan dahulu pastu baru boleh di cicah. Biskut lutut ni asalnya roti bun tu tapi di bakar hingga keras dan jadilah biskut lutut. Biskut ni juga lah yang mak ana bagi makan dengan kopi o ketika dalam pantang bersalin dahulu. Rasanya tawar jer pun. Macam ana ceritakan di atas tadi lah, hidup kami tak banyak pilihan yang sedap-sedap macam sekarang, apa yang ada itu lah yang kami jadikan santapan tanpa rungutan. Habis kuat tak nak makan je hehe.. Nasib lah kan sendiri yang lapar juga sudahnya.
kredit foto : alia elena |
Satu lagi biskut yang agak comel dan kira sedap sikitlah dari biskut lain tuu haa, biskut butang atau ketika kami kecil-kecil panggil roti pusat. Macam-macam kan, lutut la pusat lah.. bukan apa sebabnya tak ada nama yang khusus pada biskut-biskut ketika itu, semua pun kena beli timbang kati. Sebab rupanya macam kepala lutut kami panggil biskut lutut. Hat ni bersimpul krim gula tu macam pusat kami panggil roti pusat. Masih ana ingat lagi, kalau makan biskut ni ana suka hat icing gula tu saja sedap manis, hat biskutnya biasa sahaja dan selalunya tak makan habis pun. Nakal kan..
kredit foto : epokepokpusing |
Satu lagi yang dah makin sukar di temui ialah roti kapal. Biskut sebenarnya cuma kami kecil-kecil dahulu yang ada cuma roti benggali yang datang jual dengan motor tu, jadi semua biskut pun kami panggil roti. Roti kapal ni lagi lah tak sedap sebab tawar sesangat rasanya. Selalunya mak akan pecahkan gaul dengan kelapa parut dan taburkan gula untuk kami makan. Kalau tak pun makan bersama bubur kacang barulah ada rasa sedap sikit. Sekarang ana dah tak jumpa dah roti kapal ni.
Tapi kan... dalam banyak-banyak biskut ketika itu, biskut Marie juga lah yang menjadi kesukaan ana. Sedapnya kalau dapat makan biskut Marie ni cicah Milo pula tu, kalau macam tu dah kira win habis dah masa tu, moden habis dah dapat makan biskut Marie ni. Hehe.. begitulah perjalanan masa kan, patah tumbuh hilang berganti. Ana bersyukur kepada Allah swt kerana telah di beriNya kesempatan untuk melalui peredaran zaman dalam meniti baki usia. Masa hadapan .. belum pasti sampai bila akan terus di kecapi segalanya telah tertulis.. kita hanya mampu menempuhinya atas izinNya jua.
12 Comments
Dah jarang2 beli sekarang.
ReplyDeleteKak ana masih beli lagi WP feveret cicah teh o hehe :)
DeleteBiskut 4 segi tu ai panggil biskut lemak. Biskut lutut tu favorite mak ai. Makan cicah ngan kopi.
ReplyDeleteowh biskut lemak ye Aisya, kak ana panggil roti masin hehe :)
Deletekami panggil biskut jagung yang petak tu,
ReplyDeleteyang warna warni tu biskut cottek hahahha
hehe biskut cottek, comel lak namanya hehe :)
DeleteBiskut marie sekarang kalau beli pun sebab nak buat kek batik K.Ana hehehe...
ReplyDeleteYang gula-gula kat atas color full tu pun samalah Mrs. A panggil biskut butang dah lama tak jumpa.
Roti kapal Mrs. A tak tahu hahahaa...
biskut lamalama tu Mrs A ada yang payah nak jumpa dah sekarang ni :)
DeleteBiskut2 yang penuh nostalgia. Dulu jual dalam tin. Timbang kati.
ReplyDeletetuu laa Kak Mala, dulu timbang kati semua biskut2 ni kan, sesekali kita kembali kan nostalgia lama
Deletefarah lahir tahun 90-an pun ada lagi biskut2 ni. memang menggamit kenangan betul . sekarang pun masih ada cuma dh tk beli sebab banyak biskut2 baru yang lagi sedap . tapi apa pun semua biskut2 di atas mmg terbaik .
ReplyDeletebetul tu Farah, sekarang ni kalau nak bagi anak-anak pun depa tak mau dah sebab banyak pilihan biskut yang sedap2 dan lawa kan hehe :)
Delete