Yer... betullah ana ni salah seorang peminat filem-filem Hindustan. Dari remaja lagi gemar menonton filem-filem lakonan bintang-bintang Bollywood ni, kalau dulu suka sebab tengok hero handsome dan heroin yang lawa-lawa. Tapi sekarang ni dah tak berapa kenal sangat pelakon Bollywood yang baharu sangat, tapi suka juga layan Tara HD di Astro tu kerana kadang-kadang genre dan plot filem serta cinematography filem Bollywood ni amat menarik. Ada ketikanya kisah nya simple tapi ada mesej yang mendalam. Kalau filem joget-joget musical tu semua dah tak berapa gemar dah lah mungkin atas faktor usia kan.. hehe :)

Salah satu filem Bollywood yang agak menarik yang ana tonton dah beberapa kali di tv ialah Bajirao Mastani. Dalam filem ni suka tengok Priyanka Chopra yang lawa tu, tapi watak Mastani lakonan Deepika Padukone ni agak menyerlah. Dan terbaharu tentang pasangan hero dan heroin Bajirao Mastani ialah mereka telahpun melangsungkan perkahwinan. Serius...cantik sangat foto-foto Deepika dan suaminya Ranveer Singh yang dikongsikan di media-media sosial antarabangsa. Apa yang ana nak kongsikan semula ialah kecantikan busana pakaian tradisional India yang di gayakan oleh kedua mempelai dalam satu majlis resepsi perkahwinan mereka, teramatlah cantik dan penuh gaya klasik. 




Foto Perkahwinan Deepika Padukone & Ranveer Singh 


Difahamkan Deepika berusia 32 tahun dan Ranveer Singh pula berusia 33 tahun telah melangsungkan perkahwinan mereka secara tertutup di Lake Camo, Italy, awal November yang lalu dan satu majlis resepsi telah di adakan di Mumbai pada akhir November ini. Jom lah kita tengok cantiknya pakaian Deepika Padukone di majlis resepsi perkahwinan beliau bersama pelakon Ranveer Singh. Kredit buat pemilik-pemilik foto ( credit photo ownner ) .



Related image


Foto Anajingga dot com.


Foto Anajingga dot com.


Foto Anajingga dot com.


Foto Anajingga dot com.



Foto Anajingga dot com.


Foto Anajingga dot com.


Cantikkan sari dan aksesori yang di gayakan oleh pasangan ni, selamat pengantin baharu buat mereka berdua.. rasanya bagaikan wedding of the year dalam dunia hiburan Bollywood. Dan sama-sama pula kita nantikan bagaimana pula pakaian dan majlis perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas pula lepas ni kan.. tungguuuu.... :) 

10 Comments

  1. Replies
    1. kak ana suka melihat busana tradisional klassik India ni PC , cantik kan

      Delete
  2. sari sabyasachi memang cantik belakaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh sari sabyasachi namanya ye FJ, cantik kan sarat dengan motif bagaikan sulaman dan batuan .

      Delete
  3. cantik sangat tengok kain2 dia. mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu lahh kak ana tertarik pada design sari tradisional dan fabrik dia tu Raihanah

      Delete
  4. Sama cantik sama padan...suka tgok mekap dia la kak...

    ReplyDelete