Allahu... tak terbit dengan kata-kata ketika membaca satu petikan berita yang di siarkan di halaman media sosial dua hari yang lepas. Kisah sepasang suami isteri yang di beritakan meninggal dunia selang dua jam sahaja. Jika meninggal bersama atas asbab kemalangan hatta kita turut berduka cita kerana kejadian sebegini kerap kali terjadi. Namun kisah kali ini lebih tersentuh hati kerana kepergian mereka secara tenang di rumah kediaman selepas arwah isteri menemui suaminya telah di jemput Ilahi, selesai memberitahu anak-anak dan kemudian isterinya pula menyusuli kepergian suami tercinta. Cantik percaturan dan perjanjian Allah swt buat pasangan ini, bukan..,  di takdirkan cinta dan setia sehidup semati dan moga-moga di tempatkan sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.

Image result for love till jannah
credit photo owner 



Petikan Harian Metro : 

IMAM Masjid Jamek Simpang Renggam, dekat Kluang dan isterinya meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam, di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam, Kluang, awal pagi hari ini. Pada mulanya, Bera Madiran, ditemui meninggal dunia oleh isterinya, Maimunah Dariman, kira-kira 4.30 pagi ketika dia bangun untuk solat Subuh. Selepas memberitahu anaknya tentang kematian Bera, Maimunah menemani jenazah suaminya di bilik tidur mereka sebelum dia ditemui turut meninggal dunia oleh anak lelakinya 6.30 pagi.

Kisah itu dikongsi dalam Facebook (FB) Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM). Ahli SPJM Simpang Renggam, Sharul Aqmal Mohamad berkata, pasangan itu itu tinggal bersama dua anak lelaki. Katanya, selepas menyedari suaminya meninggal, Maimunah memaklumkan kepada dua anaknya yang kemudian membuat persiapan dan menghubungi saudara mereka, manakala Maimunah menemani jenazah suaminya.

Bagaimanapun katanya, anaknya yang memasuki semula bilik itu mendapati Maimunah turut meninggal dunia di sisi bapa mereka, 6.30 pagi. “Kematian Bera mengejutkan kerana sebelum itu, dia sempat mengimamkan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Jamek Simpang Renggam, malam tadi. Arwah sebenarnya menghidap diabetis, manakala isterinya mempunyai kanser limfoma dan baru menjalani kimoterapi,” katanya.

Shahrul Aqmal berkata, arwah Bera adalah pesara guru agama sebelum menjadi imam masjid berkenaan. Jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Sungai Berumbung, dekat sini, 10.30 pagi tadi. 

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/399780/suami-isteri-sehidup-semati



Image result for love till jannah silhouette
credit photo owner

Kita... 
perhentian kita belum pasti namun perjalanan ini semakin hari semakin menghampiri. Cuma bila detiknya rahsia Allah swt yang pasti ada hikmah yang besar ianya di ghaibkan dari pengetahuan empunya diri. Kita hanya di suruh mentaati, menunaikan segala amanah dan tanggung jawab dan menjadi hambaNya yang sentiasa memperbaiki diri hari demi hari sebelum tiba saat terakhir pengabdian terhadapmu, Ilahi. 

Indahnya sebuah perjalanan cinta pasangan ini, dan mereka diizinkanNya saling menjaga dan menyintai hingga ke hujung nyawa berdua. Pasti, setiap kita yang saling menyintai, inilah yang sering kita ingini. Bercinta hingga ke akhir hayat bersama. Mati itu pasti, perjalanannya yang berbeza dan sentiasa akan terus di uji dalam meniti titian perjalanan yang penuh onak dan duri. 

Hati.. 
biarlah jangan berbelah bagi, kesetiaan pada pasangan yang di jodoh kanNya biarlah terus menerima seadanya. Perbaiki yang tidak elok dengan saling memperbetulkannya bukan mencari alasan siapa benar siapa yang tidak . Hati, jika benar saling menyintai, perlukan kekuatan untuk tabah menerima kekurangan pasangan kerana jangan sekali mencari kesempurnaan namun perbaiki kekurangan diri. 


Image result for love till jannah silhouette
credit photo owner

Cinta.. 
Semaikanlah dalam hati, inilah amanah yang harus di jagai, dibajai hari demi demi agar terus saling mencintai walau sekuat manapun ujian yang mendatangi. Bukan mudah.. banyak yang perlu di landaskan atas sebuah percintaan dan pastinya memerlukan kesabaran dan kewarasan dalam setiap tindakan. Andai hati berbolak balik dalam mencari kesempurnaan yang kian hilang, carilah alasan untuk kekal bahagia selamanya dalam menyayangi dan menyintai.

Dia.. 
hadir dalam hati kita di awal saat mula mengenal cinta, menyemai benih bahagia tanpa punyai apa-apa dan hadirnya cinta di jiwa adalah satu anugerah Allah swt buat hambaNya. Ikatan sebuah perkahwinan atas dasar cinta tanpa dia miliki apa-apa saat itu, sama-sama mengorak langkah membina mahligai impian hanya atas sandaran kasih sayang, mencari keberkatan hari demi hari dan sampai satu saat ujian yang hebat datang dalam pelbagai godaan, disinilah noktahnya di uji, sehebat mana kah cinta masih utuh buat pasangan. Atau hanya dengan kehadiran dan godaan insan lain, goyah terus kalimah percintaan kerana hawa nafsu lebih mengatasi kewarasan perasaan dan akal fikiran.

Jadikanlah kisah cinta Rasulullah terhadap Khadejah sebagai tauladan, dan idola dalam pelayaran bahtera rumahtangga kita insan kamil yang tidak punyai kekuatan jiwa yang hebat ketika ujian datang bertandang. Suami.. isteri.. teruslah mencintai , perbaiki kelemahan diri agar kecintaan kita kekal hingga ke akhir hayat dan mencari jalan untuk ke syurga destinasi abadi... 
Aamiin... Ya Rabbul A'lamiin.. 

4 Comments

  1. Terasa diri ini da;lam cerita itu..semakin berusia..Ya Allah ampuni dosa kami yg masih hidup dan ampuni dosa orang yang telah meninggal dunia

    ReplyDelete
  2. SA pun terbaca juga berita ni...memang janji allah itu pasti kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahnya percaturan Allah swt buat mereka berdua.. Alhamdulillah

      Delete