Semasa hayatnya bukanlah siapa-siapa di kalangan rakyat Malaysia.
Bukan insan hebat dalam arena nya,
bukan manusia ternama mencipta rekodnya,
sekadar seorang anak kepada ayah bondanya.
Menjalani kehidupan yang biasa-biasa sahaja rutinnya.

Namun ..
tiada siapa pernah menduga..
Kisahnya menjadi ratapan kami sesama manusia
Menangisi kepergiannya
walau tak pernah bersua muka
tidak pernah kenali siapa dirinya




Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim
Kematianmu di tangisi ribuan umat
Diiringi doa sejuta kesejahteraan buatmu
Agar tenanglah dikau di sana melangkah ke alam abadi
pengakhiran hidupmu walau penuh kesakitan
kami sama-sama merasai kedukaannya

Pergimu dalam menjalankan tugas dan amanah untuk menyelamat
Pergimu dalam satu suasana yang tak seharusnya berlaku namun ia telah pun terjadi
In Shaa Allah.. peninggalanmu tak akan sia-sia di mata dunia
Semoga kenikmatan buatmu selamanya disisi Yang Maha Esa ..


Muhammad Adib meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 Nov lalu. Jenazah wira merah kesayangan negara ini dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada Selasa dengan penuh penghormatan.


إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ




بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ 


.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ 

. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 
. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
. إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
 .اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ 
 .صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...




اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .


Ya ALLAH.. 
ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


2 Comments

  1. Sedih kan tapi best Arwah terpilih orangnya. disayangi semua orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, arwah antara insan terpilih disisiNya

      Delete