Pernah tak terfikir adanya satu produk yang boleh membersihkan wajah dari solekan di samping itu dapat bertindak sebagai serum untuk mempastikan kulit wajah kita terpelihara kelembapannya dan melembutkan wajah setiap sentuhan. Wahh!! Pasti syok dan menjimatkan ye tak ? Haahaa!! Sebenarnya memang lah ada, dan ana nak perkenalkan pada korang semua khasnya peminat K-Beauty produk satu lagi baby baharu dari Althea khas untuk korang... Taadaa!!! ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser ...




Nampak packaging nya pun dah teruja sangat kan... so natural tanpa pewarna dan kejernihannya sahaja dah dapat memberikan rasa kesegaran pada wajah dan kedinginan selepas penggunaannya. Teruja sangat ana nak mencubanya sendiri dan nak kongsikan pula dengan korang pengalaman yang bermakna ini. Jomm kita kenali lebih dekat lagi apakah dia ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser . 


ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser





ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser merupakan kombinasi pembersih wajah dari kesan solekan dan kotoran selepas sepanjang hari berada di luar rumah, dan paduan minyak dengan ekstrak daun pudina nya pula mempastikan kulit wajah kita kekal dingin dan lembab sepanjang masa. Ini kerana ia mengaplikasikan dual moisture cell system yang bertindak sebagai serum. Ia mengelakkan kulit wajah dari menjadi kering dan bertindak efektif mengecilkan pori wajah, dan paling best terasa lembut pada setiap sentuhan. Formulasinya juga membantu menseimbangkan PH levels pada kulit wajah kita. Sesuai juga di gunakan untuk mereka yang mengalami kulit wajah sensitif. ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser mempunyai PH 5.5 - 6.5 untuk mempastikan kita memiliki kulit wajah yang sihat. 

ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser diformulasikan dari 3 kandungan bahan utama iaitu : 

Ekstrak daun pudina – Menyejukkan kulit dan melegakan kerengsaan

Minyak benih Jojoba – Melembapkan kulit yang kering tanpa merasakan berat

Tea tree leaf extract – Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Disamping formulasi dari bahan-bahan seperti Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance




Kebaikan ekstrak daun pudina di dalam ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser 


Apakah kebaikan ekstrak daun pudina yang terkandung di dalam ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser ini ? 

~ Mempunyai kesan pendinginan pada wajah yang dapat membantu mengurangkan kerengsaan pada kulit khasnya kesan parut jerawat dan minyak pada wajah ( blemishes ) . 

~ Mengandungi anti-bakteria efektif yang dapat mempastikan kesihatan kulit wajah dan meredakan kesan pada jerawat di wajah. 

~ Mengeluarkan kotoran dan sel kulit mati pada wajah sambil mengecilkan pori wajah. 


Kebaikan Minyak Biji Benih Jojoba di dalam  ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser


Manakala formulasi Minyak Biji Benih Jojoba pula mempunyai kesamaan struktur untuk kulit natural, menanggalkan kesan solekan pada wajah dan juga efektif untuk mengecilkan pori wajah kita. Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami : 

~ Kulit wajah yang agak sensitif pada produk kecantikan berasaskan minyak 

~ Kulit wajah sensitif yang memerlukan pencuci wajah yang lembut ( mild cleanser ) 

~ Solusi pembersihan wajah yang cepat dan efektif (pantas membersihkan kesan solekan) 

~ Khas buat mereka yang memerlukan pembersih yang melembabkan wajah untuk kegunaan setiap hari. 






Cara penggunaan ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser

Untuk menanggalkan Solekan ( makeup removal ) 


1. Titiskan sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan.

2. Urut pada wajah dengan gerakan membulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan pada wajah.

3. Bilas dengan air bersih..




Sebagai pembersih  wajah 

1. Lembapkan wajah dengan air

2. Letakkan Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan.

3. Urut secara perlahan ke seluruh kulit wajah dengan gerakan membulat selama 5 hingga 10 saat
bilas dengan air bersih.






Pasti korang semua dah tak sabar untuk memiliki dan mencuba sendiri ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser ni kan... tak perlu risau , korang boleh sahaja dapatkannya terus dari Korea dengan harga cuma RM33 untuk saiz 150ml ni di : 



#AltheaSerumCleaser #AltheaAngels #AltheaKorea 

12 Comments