Selera bila usia kian meninggi dengan izinNya ni kan, kembali teringin pada menu-menu ibunda zaman silam. Tiba-tiba terliur sangat ana nak makan bubur pulut hitam. Di rumah ana ni, kalau masak bubur-bubur memang tak berapa nak laku dengan anak-anak. Cuma ana dan suami je penggemarnya. Bubur ni masak sikit pun muai kata orang orang Perak, maksudnya jadi banyak kuantitinya bila dah mengembang dan empuk. 

Dek kerana teringin sangat, ana beli lah sepeket pulut hitam berharga RM2.50 . Bagitau awal-awal kat suami, ana nak masak bubur pulut hitam jadi balik kerja nanti boleh lah di jadikan juadah minum petang. Alhamdulillah siap juga juadah tradisional lama ni buat santapan kami sekeluarga. Ada lebih ana berikan pada jiran sama-sama berkongsi rezeki kan. Dah alang-alang taip entri ni, ana nak kongsikan dengan korang lah cara ana masak bubur pulut hitam ni, kut-kut ada yang mencari kan. Kita berkongsi ilmu yang amat sedikit ni untuk manfaat insan lain. 



Resepi dan cara masak bubur pulut hitam


Bahan-bahan 

Sepeket beras pulut hitam dalam anggaran 250 g
Santan kelapa ( ana gunakan santan kotak Ayam Brand )
Gula secukup rasa
Daun pandan
Secubit garam

Cara masak bubur pulut hitam

1. Rendam beras pulut hitam terlebih dahulu . Kalau nak masak esok, ana suka rendam semalaman. Cepat empuk nanti bila memasaknya.

2. Masakkan beras pulut hitam di dalam periuk dengan air terlebih dahulu sehingga empuk. Jangan tinggalkan tau, nanti beras pulut mengering dan hangit pula bubur korang. 

3. Kacau selalu dan tambah air selagi tak empuk. 

4. Masukkan santan pertama terlebih dahulu dan didih sehingga menggelegak. 

5. Masukkan gula secukup rasa dan kacau sebati.

6. Akhir sekali masukkan santan pekat yang di campurkan dengan secubit garam. Masukkan sehelai daun pandan untuk aroma tradisionalnya. 

7. Siap dan sejukkan untuk hidangan. 

Maaf laa ye, ana cuma sempat ambil gambar ketika dalam periuk sahaja sebab laju pula makan bubur ni bila dah masak tak sempat nak ambil gambar dalam mangkuk, hehe.. Terliur sangat kan. Alhamduillah merasa juga. 

10 Comments

  1. Uish.. sedapnya buat juadah minum petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kita pekena bubur pula kan Sha :)

      Delete
  2. ya Allah ni fevret !! hahaha tapi dalam fam CT je suka ni. so kena beli sebab mak xkan buat hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli pun berbaloi CT kalau setakad makan sengsorang hehe :)

      Delete
  3. Dulu2 zaman kak kecil bubur pulut hitam ni makan dengan santan mentah segar. Bubur masak sampai lembut eluk dengan air. Pastu santan segar paling pekat campur sedikit garam. Bila nak makan taruh santan dan gula. Sekarang tak jumpa dah orang makan macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh macam tu ye kak mala, sedap gak tu lagi lemak rasanya kan :)

      Delete
  4. wah.. tengok gambar terliur pulak. mesti sedap kan. serious memang dah lama sangat xbuka blog and have some blog walking here. Hope you dont mind to follow my 2nd blog, its physics blog. tq https://physicsmrsmtgb.blogspot.com/

    ReplyDelete