Siapa suka makan pasta , angkat tangan ? Eh! Tak yah , ana bukan nampak pun kan hehe :)  Ana yakin ramai di antara kita ni penggemar makanan berasaskan pasta khasnya spaghetti laa kan. Ada yang suka spaghetti Bolognese, ada penggemar spaghetti Aglio Olio, dan anak-anak ana di rumah ni pilihan mereka adalah spaghetti Carbonara. 

Sebagai ibu, kita selalunya akan menyajikan hidangan kegemaran anak-anak sebaik mungkin namun tetap akan mempastikan ianya satu sajian yang sihat dan tidak mengandungi MSG dan juga tanpa bahan pengawet malah yang paling utama HALAL . Ana ada berita baik untuk korang penggemar pasta tetapi kesuntukan masa nak memasakanya, atau korang yang nak travel luar negara atau pun student yang tinggal di kolej ataupun siapa-siapa pun yang suka makan pasta tapi tak pandai nak masak. Boleh ke ? Boleh.. pasti boleh punya , korang cuma perlu panaskan sahaja isi dalam pinggan dan sila lah menikmati sajian pasta Spaghetti citarasa pilihan korang. Tak percaya.. jom baca pengalaman ana sekeluarga menikmati 3 variasi menu spaghetti yang mudah dan tidak kurang enaknya bersama Master Pasto .




MASTER PASTO - Spaghetti Yang Sedia Di Makan 




Haa.. percaya tak, adanya Spaghetti ready to eat, yang sedia di makan pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja. Apa yang korang perlu buat hanya panaskannya dan tuang ke dalam pinggan dan makannn!! Yang bagusnya tidak seperti menu makanan segera yang banyak di pasaran , Master Pasto tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet. Ermm.. Lagi satu keutamaan kita ialah ianya satu jenama produk dengan pensijilan HALAL. Ianya adalah produk Malaysia yang boleh di jadikan cenderhati kan. 




Alhamdulillah.. jadi dah tahu serba sedikit info penting tentang produk Master Pasto ni, ana nak kongsikan dengan korang semua betapa mudahnya nak makan spaghetti sekarang ni cuma perlu panaskan sahaja dua pek yang tersedia di dalam setiap kotak spaghetti pilihan korang sama ada Bolognese, Aglio Olio atau pun Carbonara. 



Dalam setiap kotak Master Pasto , ada dua pek kedap udara yang dibungkus secara teknologi terkini yang selamat dan berkualiti di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan satu lagi adalah kuah atau sos pilihan korang. Dan jangan tak percaya dalam pek sos tu terdapat isi ayam dan juga cendawan yang telah siap di masak. Spaghetti juga telah siap di rebus , jadi mudah sangat korang cuma panaskan sahaja mengikut dua kaedah yang akan ana tunjukkan di bawah. 




Korang boleh panaskan sama ada menggunakan microwave ataupun untuk yang nak bawa travel, berkhemah dan sebagainya jika tiada microwave, korang boleh juga panaskan dengan cara merendamkan kedua-dua pek ke dalam air panas mendidih. Jommm... tengok macam mana ana dan anak-anak menikmati Master Pasto Spaghetti Chicken dengan cara paling sempoi. 

MASTER Pasto Spaghetti Aglio Olio 




Sama seperti ketiga-tiga kotak Master Pasto lain Spaghetti Aglio Olio juga mempunyai dua pek kedap udara yang mengandungi sebungkus spaghetti dan kuah sos Aglio Olio bersama isi ayam. Ambil kedua-dua pek dan buka kan, tuang ke dalam pinggan. 





Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit dan sedia untuk di nikmati. 




Tadaa!! Cuba lihat isi ayam dan sos Aglio Olio yang telah sedia untuk di nikmati. Mudahkan. Hidangan satu pinggan yang cukup untuk keperluan menu satu orang dewasa. Dari segi rasa,  Master Pasto Spaghetti Aglio Olio ni agak kering dan sedikit pedas. Ermm ... Dah memang macam tu lah kan struktur rasa sos spaghetti Aglio Olio sebenar pun. Memandang kan ana kurang minat dengan spaghetti sos Aglio Olio ia agak ngam dengan selera ana. Tapi kalau korang peminat Aglio Olio ana yakin rasa Master Pasto Spaghetti Aglio Olio pasti menjadi pilihan korang. 





MASTER Pasto Spaghetti Bolognese




Haa!! Hat ni feveret ana, spaghetti dengan sos Bolognese. Memang rasanya 90% sama seperti yang ana masak di rumah. Cuma kaedah dengan sekotak Master Pasto Spaghetti Bolognese ni memudahkan sangat. Sama seperti Spaghetti Aglio Olio tadi, ana cuma keluarkan dari pek dan tuang ke dalam pinggan. Kemudian panaskan di dalam microwave selama 1 minit dan sedia untuk di makan. 





Cuba tengok tu, sepinggan spaghetti bolognese yang lazat siap terhidang. Rasanya cukup dengan selera ana, rasa sos bolognese asli dengan daging ayam dan juga tomato serta sedikit rasa herba Inggeris origano untuk memberi keaslian rasa. Memang best dan pasti menjadi pilihan ana di masa akan datang untuk membelinya lagi. 




Untuk memberikan lebih gambaran pada korang yang mungkin pertama kali nak mencuba Master Pasto ni, inilah rupa spaghetti yang belum di panaskan, yang baharu keluar dari pek. Ia memang telah siap di masak okay, lembut dah, cuma panaskan sahaja. Begitu juga dengan sos nya. Sama seperti di dalam gambar di bawah ni, sebelum ana memanaskannya di dalam microwave. 




MASTER Pasto Spaghetti Carbonara




Dan pastinya yang ketiga ialah Master Pasto Spaghetti Carbonara kesukaan anak ana, Adik Ika. Kami mencuba Master Pasto Spaghetti Carbonara selepas Adik Ika balik study week minggu lepas kerana ana tahu dia penggemar tegar Spaghetti Carbonara. 




Untuk mencuba kelainan, ana panaskan dua pek bungkusan Master Pasto Spaghetti Carbonara dengan teknik satu lagi iaitu merendamkannya ke dalam periuk berisi air panas yang telah mendidih. Caranya mudah dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai microwave atau pun ketika berada di luar rumah seperti travel, pelajar kolej dan juga ketika berkhemah. Korang cuma perlu didihkan air kemudian masukkan ke dua-dua pek ke dalam bekas dan biarkan selama 3 minit. Kemudian boleh lah di buka pek dan di hidangkan ke dalam pinggan. 




Tuu diaa!! Hasilnya.. nampak sedap kan, ye!! Memang sedap sesedap memasak sendiri sos carbonara di rumah. Terdapat isi ayam, cendawan dan sos carbonara dengan sentuhan herba asli dan lemak berkrim. Secukup rasa dan sedap pada selera ana dan Adik Ika. Alhamdulillah. 




Menarik tak? Mesti ada yang teringin nak mencubanya sendiri kan. Jangan tunggu lagi, korang boleh sahaja membeli secara online dengan melayari ke laman web MASTER PASTO di pautan yang ana berikan di bawah ni. Klik sahaja kay.. 




Facebook : Master Pasto Lioco

Instagram : @masterpasto


No photo description available.

Kilang pengeluar Lioco Food Industries SDN BHD beralamat di : 

11, Lengkok IKS Simpang Empat 1, 
Taman IKS Simpang Empat, 14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.

Hubungi talian : 
+604-502 3230


6 Comments