Ranggupnya Daun Mulberry Celup Tepung
Bila ana posting gambar pokok buah mulberry belakang rumah, ada kawan-kawan FB yang komen bagitau daun mulberry ni sedap kalau di goreng celup tepung. Tak pernah tahu pun sebelum ni kan, cuma biasanya ana ambil buahnya buat jus atau makan terus macam tu je dari pokok. Memandangkan dahan pokok mulberry ni perlu di cantas selalu untuk menggalakkannya berbuah, ana pun cantaslah beberapa dahan dan rasa macam nak cuba sendiri sedap ke tidak daun mulberry celup tepung yang diperkatakan depa tu.

Resepi daun mulberry celup tepung

Daun muberry tu kita petik helai-helaikannya
Untuk bancuhan tepung rangup ana gunakan :
Tepung beras
Tepung tempura atau tepung rangup
Air sejuk
- Sebatikan semua bahan hingga mendapat bater yang diperlukan. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Panaskan minyak di dalam kuali dan celupkan helaian daun mulberry ke dalam adunan tepung.
Goreng dalam minyak yang panas sehelai demi sehelai supaya tak melekat antara satu dengan lain.
Terbalikkan dan toskan minyak.
Rasanya memang crispy dan krup-krup macam kita makan sayur tempura bayam dan sebagainya tu. Rasa keenakan dari tepung dan rasa daun mulberry tu pun tak sangat kerana ia rangup. Boleh lah kalau nak cuba kan sesuatu yang baru sebagai kudapan. Nak nak lagi kalau ada pokok mulberry di tanam di halaman, dari di buang daunnya ketika kita mencantas tu kan boleh di jadikan satu menu. Selamat mencuba naa :)
14 Comments
uihh mama tak penah tau daun mulberi boleh dimakan.. tgh meriah daun pook depan rumah tu
ReplyDeletetu la mama kak AJ pun baru tahu dan cuba hehe :)
DeleteAda pokok tapi tidak pernah pun cuba.
ReplyDeletenanti kak mala cuba kay hehe : )
Deletedaun pon boleh makan kak huhuhu kreatif sangat ni
ReplyDeletehaah Yana , Kak AJ pun baru tahu tu yg cuba hehe :)
DeleteWah kebetulan ada pokok ni di laman..hahaha tak ingat nak siram daun pun kecik2..nampak ni baru bersemangat nak pelihara elok2
ReplyDeletejomm cuba goreng tepung pula Etuza sedap ni :)
DeleteWaaaa...balik kampung boleh buat ni...
ReplyDeleteHaah PC kena cuba nanti kay :)
Deletefirst time tau pasal daun ni celup tepung. hehehee. jenuh la nak mencari daun mulberry lak pasni ^_^
ReplyDeletekalau ada tanam mudah tu Umi :)
Deletewohooo daun dia pun boleh dimakan. menarik =D
ReplyDeletemakan selagi boleh di makan CT hehe :)
Delete