Sekali lagi ana memilih untuk membeli hadiah hari lahir yang unik dan lain dari kebiasaan dan pastinya ana memilih untuk ke www.printcious.com/my  . Agak susah sebenarnya nak mencari hadiah apakah yang sesuai untuk lelaki ni kan. Lain lah kalau perempuan macam-macam pilihan ada. 

Dan kali ni, Kak Long dan Adik Ika berhasrat menghadiahkan sesuatu yang lain dari yang dah pernah depa bagi kat ayah depa. Dan kebetulan pula ana dah berjanji dengan dua orang anak buah nak berikan hadiah birthday untuk mereka juga. Pun agak pening juga sebab kedua-dua anak buah ana ni dekat-dekat tarikh lahir mereka dan dua-dua pun kanak-kanak lelaki yang dah berusia 8 & 7 tahun. Sat gi nak bagi mainan depa dah sekolah marah pula mommy dan daddy nya hehe. So.. apakah pilihan hadiah yang kami jumpa di Printcious kali ni.. Jomm tengok sendiri di bawah ni ...






Idea hadiah untuk ayah 


Selepas beberapa lama mebelek-belek laman web Printcious, akhirnya Kak Long bercadang nak belikan sekeping gambar yang di cetak di atas sekeping tile. Unik untuk di jadikan hadiah buat ayah depa dan di letakkan di meja pejabat atau meja bilik tidur nanti. Ini merupakan kali pertama kami menempah  gambar ceramic tiles. Mula-mula risau juga hasilnya nanti , takut gambar jadi pecah ataupun penghantaran yang tak selamat kerana ceramic tile ni kan fragile mudah pecah. 




Dah nama lagi custom made gift kan, jadi Kak Long memilih untuk mencetakkan gambar sekeluarga di atas sekeping ceramic tiles yang bersaiz segi empat tepat 20cm x 15cm . Terdapat pelbagai pilihan saiz untuk korang pilih sebenarnya. Ikutlah bajet masing-masing kay, tapi jangan risau kerana di Printcious ni sentiasa ada tawaran harga dan diskaun menarik punyaaaa.. Agar lebih istimewa, Kak Long coretkan perkataan " Happy Birthday Ayah, we love you " pada foto ceramic tiles yang di tempah. 





Alhamdulillah, selamat sampai ke tangan kami dalam keadaan yang sempurna dan sekali di berikan stand untuk meletakkan gambar tersebut. Inilah keistimewaan bila korang menempah custom made gift dari Printcious, ia di hantar selamat ke tangan pembeli dan dalam tempoh masa 2-6 hari bekerja yang di janjikan. Korang juga boleh track penghantaran kerana mereka akan memberikan tracking order untuk di jejak. Jadi kalau korang berminat nak menghadiahkan sekeping gambar di atas ceramic tile macam kami punya ni. klik sahaja kat SINI .


Idea hadiah untuk kanak-kanak 




Dah selesai pilih hadiah untuk ayah budak-budak ni, giliran ana pula nak cari hadiah apakah yang paling sesuai untuk dua orang hero kanak-kanak anak buah ana ni. Puas lah belek-belek di Printcious.com , akhirnya ana tertarik nak hadiah kan Eim dan Rayyan sebuah mug dengan nama dan gambar masing-masing. Menarik kan, lepas ni tak yah gaduh sebab dah ada mug sendiri dah dua beradik ni hehe. Kalau tak guna sebagai mug pun, depa boleh sahaja jadikan bekas isi stationery sekolah masing-masing. 




Paling best, ia di datangkan dalam kotak hadiah terus dari Printcious , tak payah pening nak bungkus atau beli kotak hadiah dah. Budak-budak ni kalau dapat hadiah depa bukan hirau kan bungkusannya dah, jadi dengan adanya gift box yang cantik dan comel. Ia juga di bungkus kemas dalam bekas gabus yang mempastikan ia selamat sampai tanpa pecah. Sangat menarik dan berpuas hati dengan servis dari Printcious.com ni. 




Ana cetakkan gambar kedua-dua anak comel ni di bahagian tengah mug dan tuliskan lakaran nama masing-masing di kiri kanan mug. Korang kalau berminat pandai-pandailah design sendiri tau ketika membuat tempahan di Printcious.com/my ni. Guna kan kreativiti masing-masing. Untuk menempah mug comel macam ni, korang boleh klik sahaja di SINI .




Bukan itu sahaja idea personalized gift yang terdapat di Printcious ni. macam-macam ada. Rambang mata nak pilih dan harga nya sangat mampu beli, tetapi servis yang tip top dengan penghantaran dalam tempoh masa 2-6 hari bekerja tetapi ana menerima parcel cuma dalam tempoh 3 hari selepas membuat tempahan. Jadi untuk menempah pelbagai hadiah dari hati pastikan korang layari sahaja ke : 



4 Comments

  1. menarik.
    aida lom pernah oder lagi.
    in shaa Allah.
    nak settle kan photobook.com, pixajoy, then printcious plak.
    berkenan la tile tu. unik ekk :)

    ReplyDelete
  2. Wahh cantik2 koleksi hadiah nye.. best ada kenangan hadiah cmni. Senang online shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah CPE, unik dan custom made kan, tiada di jual di mana pun hehe :)

      Delete