Jam tangan.. satu keperluan untuk kita memakainya setiap hari kerana masa itu amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Masa itu emas, amat bernilai untuk kita tetap dalam mempastikan perjalanan kehidupan kita terurus tadbir dengan sebaiknya. Tiada istilah " tak cukup masa " dalam hidup kita ni kerana Dia telah memberikan waktu 24jam dalam sehari. Terpulanglah pada kebijaksanaan kita untuk membahagikan masa sebijaknya dalam menguruskan kehidupan ini. 




Walaupun smartphone masa kini melengkapi keperluan organizer kehidupan, namun pada ana, masih lagi memerlukan sebuah jam tangan untuk melihat kitaran waktu sepanjang hari. Lebih mudah menoleh ke pergelangan tangan melihat waktu yang berdetik dari saat ke minit dan berlalunya jam demi jam dalam sehari. Terfikir untuk inilah, ana mendapat idea untuk menghadiahkan seutas jam tangan buat Adik Ika sebagai hadiahnya mencapai keputusan yang baik dalam pengajian tahun pertama di IPTA. Dan ketika tercari-cari jam tangan yang trending dengan gaya terkini tetapi mempunyai ciri-ciri Islamik, ana memilih dari koleksi jam tangan TAWAF TIMEPIECES . Jomm ana nak kongsikan apa yang menarik dari TAWAF TIMEPIECES ni untuk kita semua...







Koleksi jam tangan gaya terkini dari TAWAF TIMEPIECES 



Perkataan Tawaf itu sendiri membawa maksud mengelilingi . Kalau pentafsiran kita sendiri sebagai umat Islam pastilah tawaf berkait rapat dengan ibadah haji dan umrah yang membawa maksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan. Mengambil maksud ini lah TAWAF TIMEPIECES mendapat jenama yang bermaksud putaran jarum jam yang terus berputar menunjukkan pergerakan masa kesinambungan putaran bumi dan masa. TAWAF TIMEPIECES telah berada di pasaran sejak 2 tahun yang lalu dan akan terus memberikan pelbagai pilihan jam tangan dengan gaya dan trend terkini buat kita semua. 




Ana memilih jam tangan dari TAWAF TIMEPIECES koleksi jam tangan wanita SAFA . Tertarik dengan canvas strap  yang memenuhi citarasa gaya trendy dan moden sesuai lah dengan Adik Ika yang agak aktif ketika di kampus. Walaupun pada awalnya ana bercadang untuk menghadiahkannya jam tangan putaran arah tawaf anti-clockwise, yang juga terdapat di TAWAF TIMEPIECES , tetapi last minit ana ubah fikiran untuk memilih jam tangan clockwise agar lebih mudah untuknya melihat waktu. Dan In Shaa Allah untuk ana sendiri nanti, tertarik untuk memakai jam tangan tawaf dengan putaran arah qiblat, next bajet pula kay hehe :) 




Bercerita lebih lanjut tentang TAWAF TIMEPIECES ni, ana amat tertarik dengan pelbagai pilihan koleksi yang ada. Koleksi pertama mereka adalah yang merupakan Classic Collection ( jam tangan Unisex ), The Sultan ( jam tangan lelaki ) & The Petite ( jam tangan wanita ) .

1.  TAWAF TIMEPIECES Sultan 

The Sultan - Tawaf Timepieces 


Untuk koleksi Classic dan Petite, TAWAF TIMEPIECES memilih nama berunsur Arabic untuk mengambil keserasian jenama TAWAF itu sendiri. Antara pilihan koleksi yang ada ialah : 

2. TAWAF TIMEPIECES Marwa


3. TAWAF TIMEPIECES Mina 




4. TAWAF TIMEPIECES SAFA 




5. TAWAF TIMEPIECES Arafah 



6. TAWAF TIMEPIECES Ramal 


7. TAWAF TIMEPIECES ZAMZAM  


Kedua-dua koleksi Classic dan Petite ini di datangkan dengan gaya tali atau canvas straps yang boleh di tukar mengikut kesukaan pilihan sendiri. Tali canvas straps ini juga terdapat di jual berasingan di TAWAF TIMEPIECES . Cuma koleksi The Sultan di datangkan hanya dengan tali Genuine Leather Straps. Kesemua jam tangan TAWAF TIMEPIECES di hidupkan dengan Japanese Quartz Movement. 

Korang boleh memilih sama ada untuk memiliki jam tangan yang berputar mengikut arah jam atau pun arah tawaf ( anti-clockwise ) . Inilah yang sangat menarik kerana ramai masa kini memakai jam tangan dengan pergerakan arah qiblat. 

Ada juga antaranya yang di datangkan dengan pilihan casing Perak atau Emas ( Silver or Gold casing ) yang di perbuat daripada kaca mineral ( mineral glass ) yang berkualiti tinggi. TAWAF TIMEPIECES juga mempunyai ketahanan kalis air ( water-resistant) sehingga 3 ATM, jaminan 2 tahun warranty serta anti calar ( anti-scratch ). 

Dan terbaharu dari TAWAF TIMEPIECES ialah koleksi Amal yang menampilkan 3 pilihan iaitu : 

TAWAF TIMEPIECES UMBRE 





TAWAF TIMEPIECES ONYX 




TAWAF TIMEPIECES OCHRE 



Menurut pengasas TAWAF TIMEPIECES , Kama Johari " kesemua koleksi jam tangan TAWAF TIMEPIECES boleh digayakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Malahan ramai daripada pemilik TAWAF TIMEPIECES dari mereka yang bukan Islam kerana tertarik dengan keunikan ciri-ciri pada jam tangan ini ". Koleksi jam tangan TAWAF TIMEPIECES adalah pilihan dengan trend dan stylist terkini yang boleh di gayakan secara kasual mahupun di bawa ke majlis formal seperti makan malam atau acara-acara gala yang lain. Ia merupakan hadiah yang cukup sempurna kerana masa itu adalah anugerah yang tak ternilai dalam kehidupan seharian kita semua. 


Image may contain: text

Untuk lebih keterangan lanjut dan juga pembelian secara online bolehlah layari ke pautan yang ana berikan di bawah ini : 

laman web : www.tawaf.online

Facebook : tawaftimepieces

Instagram : @tawaftimepieces

Whatsapp : +6018-391 6736 

6 Comments

  1. Ni jam tangan tawaf..JM lak tgh cari jam dinding tawaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga jam dinding TAWAF di pasaran JM :)

      Delete
  2. wahhh.. banyak gak pilihan cantik2 ni.

    ReplyDelete