Aiskrim Oreo dua bahan

Resepi ni anak-anak ana dapat dari video Instagram feveret depa siapa lagi kalau bukan Khairulaming tu. Video tutorial masakan dia memang happening pun, menarik perhatian dan minat anak-anak ana nak cuba satu persatu resepi beliau. Bahan pun mudah nak dapat pastu simple pula tu, video dia punya lah kelakar, ana pun jadi suka pula nak follow. 

Kali ni, kak Long dan Adik Ika cuba sendiri aiskrin Oreo Susu. Bahan dan caranya mudah ya amat. Cuma dua bahan tu dah jadi aiskrim Oreo susu yang sedap. Depa buat enam ketul perabih depa berdua je lah dalam masa dua hari hehe. 





Aiskrim Oreo dua bahan 



Bahan-bahannya macam gambar kat atas tu la, Biskut Oreo dalam pek kecil single tu dan juga susu segar. Gunalah susu apa pun, janji susu kan. Cuma pastikan biskut tu Oreo lah kalau tak tidak lah namanya aiskrim Oreo .

Cara buat aiskrim Oreo dua bahan :


1. Pecah-pecahkan biskut Oreo di dalam pek nya. Kemudian, gunting bahagian atas pek tu.





2. Tuangkan susu ke dalam pek Oreo dan kacau-kacau sikit bagi bercampur dengan biskut Oreo yang di pecah-pecahkan tadi. 




3. Letakkan lah dalam bekas yang boleh hold pek biskut tu kan. Pastu masukkan terus ke dalam freezer. Biar keras semalaman, esoknya dah boleh makan. 

Aiskrim Oreo dua bahan Aiskrim Oreo dua bahan Reviewed by Ana Jingga on February 25, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Mudahnyaaaaa nak buat :) Hehehe. Semua org boleh cuba ni.

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/hadiah-dari-blogger-suria-amanda.html

    ReplyDelete
  2. Must try ni. Meloncatlah anak2 nanti, dapat oreo dgn aiskrim; 2-in-1 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah anak-anak pasti suka ni PH buat sama-sama nanti kay :)

      Delete

Powered by Blogger.