Image result for bsh


SOALAN LAZIM (FAQ)

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019B. KEMAS KINI PERMOHONAN BAGI PENERIMA FASA PERTAMA BSH 2019



1. S: Saya berumur 70 tahun dan menerima bayaran Fasa pertama BSH 2019 tetapi tidak dapat hadir untuk kemas kini. Adakah permohonan BSH 2019 saya tidak akan diproses untuk bayaran fasa seterusnya?

J: Bagi pemohon berstatus Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 tidak perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 kecuali terdapat perubahan maklumat. Permohonan pemohon akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada BSH 2018.


2. S: Sekiranya saya berumur kurang daripada 60 tahun dan tidak hadir untuk kemas kini permohonan BSH 2019 selepas menerima pembayaran Fasa pertama, adakah saya layak menerima bayaran fasa seterusnya?

J: Kegagalan untuk kemas kini permohonan akan menyebabkan permohonan BSH 2019 anda tidak akan diproses dan tidak layak menerima bayaran fasa seterusnya. Kemas kini permohonan BSH 2019 perlu dibuat walaupun telah menerima bayaran fasa pertama kerana anda perlu:

i. Melaporkan maklumat terkini dan mengikut syarat kelayakan BSH 2019 yang telah ditetapkan seperti Jawapan No 6 & 7; atau
ii. Melaporkan maklumat anak (sekiranya ada); atau
 iii. Kemukakan dokumen sokongan yang telah ditetapkan


3. S: Saya telah lulus BSH 2018 dan juga telah menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019 Maklumat yang saya daftarkan untuk BSH sebelum ini tidak berubah. Adakah saya akan layak menerima pembayaran seterusnya tanpa membuat kemas kini BSH 2019?

J: Anda perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019. Sila rujuk jawapan
bagi soalan 13.2 Tarikh Kemas Kini:31/1/2019


4. S: Saya telah diluluskan BSH 2018 dengan status Ibu Bapa Tunggal dan mempunyai 1 tanggungan. Adakah saya boleh hadir untuk kemas kini tambahan tanggungan yang lain?

J: Ya, sekiranya anda penerima bayaran Fasa pertama BSH 2019, tindakan kemas kini perlu dilakukan kerana maklumat tanggungan pada BSH 2018 tidak akan dibawa ke BSH 2019. Anda perlu membuat pendaftaran semula maklumat anak yang ada. Sekiranya anda tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019, anda perlu membuat Permohonan Baharu BSH 2019 dengan mendaftarkan
maklumat anak yang ada.


5. S: Saya telah menghantar permohonan BSH 2019. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

J: Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan BSH 2019.

6. S: Saya telah menghantar Borang Permohonan BSH 2019 ke Cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

J: Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya anda telah menghantar Permohonan Baharu / Kemas Kini ke Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran dan telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang Kemas Kini permohonan BSH selanjutnya, anda perlu kemukakan semula Borang Permohonan BSH 2019 (BK-01) ke Cawangan / PKH / UTC LHDNM.


7. S: Semasa permohonan BSH 2018 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BSH 2019?

J: Ya. Dokumen sokongan (yang berkaitan) yang telah dikemukakan semasa permohonan BSH 2018 perlu dikemukakan semula semasa permohonan BSH 2019.


8. S: Adakah saya perlu kemukakan slip gaji bagi membuktikan pendapatan saya?

J: Tidak perlu kerana maklumat pendapatan akan disemak melalui agensi yang
telah dilantik oleh Kerajaan.   Tarikh Kemas Kini:31/1/2019


9. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat Permohonan BSH 2019?

J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BSH 2019 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Permohonan BSH 2019 hanya boleh dilakukan setelah anda mempunyai MyKad.


10. S: Suami saya telah menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 dan meninggal dunia pada Januari 2019. Adakah saya boleh membuat permohonan baharu?

J: Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BSH 2019 dengan status perkahwinan yang terkini kerana permohonan suami tidak layak menerima baki pembayaran BSH 2019.


11. S: Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?

J: Dokumen berikut boleh digunakan sebagai pembuktian Status Perkahwinan:
i. Kad nikah; atau
ii. Sijil Lahir Anak


12. S: Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah saya boleh membuat permohonan BSH 2019?

J: Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin, anda tidak layak untuk membuat permohonan BSH 2019.

13. S: Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BSH 2019?

J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank kerana pembayaran BSH 2019 adalah secara pengkreditan ke akaun.  Sekiranya anda tidak mengisi akaun bank, BSN mempunyai kuasa untuk
membuka akaun anda / isteri (pasangan) seperti klausa yang terkandung dalam Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 (BK-01) “Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau
pindahan tidak berjaya dilaksanakan, saya dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk   Tarikh Kemas Kini:31/1/2019 membuka akaun saya / isteri saya di BSN bagi tujuan di atas tertakluk kepada terma dan syarat pembukaan akaun BSN”.


14. S: Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika Permohonan BSH
2019?

J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian seperti berikut:
i. Maklumat akaun bank isteri (pasangan) sekiranya:
• Permohonan BSH 2019 dibuat atas nama suami; dan
• Pemohon berstatus kahwin (Pemohon dan pasangan (isteri)
Warganegara Malaysia)

ii. Maklumat akaun bank pemohon sekiranya:
• Pemohon berstatus Kahwin (pasangan (isteri) Bukan Warga Negara
Malaysia); atau
• Pemohon berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda; atau
• Pemohon berstatus Warga Emas sebatang kara

Permohonan yang tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, BSN akan membuka akaun bank berdasarkan maklumat di Permohonan BSH 2019 (Pemohon / Pasangan).


15. S: Saya berkahwin luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon BSH 2019 dan apakah dokumen yang diperlukan?

J: Tidak. Anda tidak layak memohon kecuali anda telah mendaftar perkahwinan dengan JPN atau Jabatan Agama Islam Negeri.


16. S: Anak saya berumur 20 tahun dan dikategorikan sebagai OKU kerana mengalami kemalangan pada tahun ini. Bolehkah saya kemas kini maklumat anak saya dalam permohonan BSH 2019?

J: Anda boleh mengemaskini maklumat anak anda di permohonan BSH 2019 walau bagaimanapun tambahan bantuan sebanyak RM120 adalah berdasarkan kepada semakan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen pembuktian status OKU anak berkenaan.


17. S: Suami saya telah menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019. Bolehkah saya menukar permohonan suami saya kepada permohonan saya? Tarikh Kemas Kini:31/1/2019

J: Pertukaran permohonan adalah tidak dibenarkan kerana permohonan suami telah mendapat bayaran Fasa Pertama dan telah wujud dalam BSH 2019. Tindakan kemas kini permohonan BSH 2019 akan dibuat atas permohonan suami. Sekiranya permohonan suami lulus, pembayaran seterusnya akan
dikreditkan terus ke akaun isteri bagi pasangan Warganegara Malaysia.


18. S: Saya telah disenaraihitam semasa bantuan terdahulu. Adakah saya layak untuk memohon BSH 2019?

J: Ya. Anda layak untuk membuat permohonan baharu BSH 2019.


19. S: Saya bukan Warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BSH 2019?

20. J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.


21. S: Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya laya memohon BSH 2019?

22. J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. 


Tarikh pendaftaran permohonan 
atau kemas kini adalah bermula pada 

1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

 Untuk maklumat lanjut hubungi : 
Talian bebas tol BSH 

1-800-88-2747 (BSH) 

untuk kemaskini data anda layari ke :




Sumber : https://bsh.hasil.gov.my/Download/Faq/BSH2019_FAQ_Kemas_Kini.pdf

0 Comments