Resepi kuih keria
Jiran sebelah rumah kak ana yang Chinese , Mr & Mrs Leong nih kalau balik kampung depa kat Johor selalu akan bagi kami nanas dan ubi keledek. Ubi keledek nya jenis empuk manis sangat isi tak bersabut. Keluarga depa ada ladang nanas dan ubi keledek ni kat sana, pernah lah Mrs Leong ni cerita.
Jadi pelbagai lah menu kak ana akan buat bila ada stok ubi keledek kat rumah. Kalau nak masak pun resepi orang kita masak lemak lah kan dengan daun pucuk manis, sedap sangat. Selebihnya buat pengat , goreng atau kuih muih tradisional.
![]() |
kuih keria |
Sebelum ni kak ana dah buat kuih coq badak atau cucur badak kata orang KL huhu :) Kali ni kak ana buat pula coq keria yakni kuih keria. Lupa juga dah cara nak buat salut gula untuk kuih keria nih, tapi laa nih kan ada tiktok, cari je berderet orang kongsikan caranya.
Ilmu yang bermanfaat, ramai antara kita suka berkongsi di laman sosial dan pasti akan ada ganjaran pahala bila di guna oleh seluruh alam . Kerana itu kak ana sendiri suka berkongsikannya semula di sini. Bukan sahaja sebagai rujukan sendiri dan anak-anak di masa depan nak cari balik resepi, malahan sekiranya di jumpai entri-entri ni dan memberi manfaat kepada orang lain, In Syaa Allah..
Resepi kuih keria
Kuih keria ni ada dua langkah nak di siap kan. Pertama kita buatkan dahulu adunan kuihnya dan kedua saduran gula pada kuih keria. Saduran gulanya unik sedikit , gula akan mengeras pada kuih bukan bertaburan. Tapi laa nih cantik dah orang sadur tanpa comot macam bedak sejuk dah kan.
![]() |
Resepi kuih keria |
Hat kak ana buat nih, cara lama lah, kuih keria tradisional macam tepek bedak sejuk . Kuih keria moden macam kat Kelebang tu kan jernih je salutan gulanya.. cantik dan kemas. Hat tu tak pernah buat lagi. Jom kak ana kongsikan cara dan bahan untuk buat kuih keria fesyen lama ni.
Bahan-bahan kuih keria
Ubi keledek - cari yang warna oren atau kuning
Tepung gandum - tanpa sukatan sebab kita masukkan sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sesuai
Gula
Air
Minyak masak
![]() |
Resepi kuih keria |
Cara buat kuih keria
Mola-mola kata kakcik Yah :)
1. Kupas, bersihkan dan potong ubi keledek dan rebus dalam air hingga empuk. Macam mana nak tahu dah empuk ? Bila kita cucuk dengan garfu ubi dah lembut jadinya.
2. Sejukkan sekejap dan suam-suam tu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul adunan sampailah dapat seketul doh kuih yang boleh di bentuk dan tidak melekat pada jari.
3. Buat bulat-bulat leperkan dan lubangkan di tengahnya. Guna tangan beza dengan donut ada acuannya kan, hat kuih keria selalunya di bentuk dengan tangan secara manual lah..
![]() |
Resepi kuih keria |
4. Dah siap semua, panas kan minyak dan goreng dalam api perlahan supaya masak lembut luar dalam. Kalau api kuat nanti di jadi garing dan keras.
5. Balik-balikkan kuih hingga masak kekuningan.
![]() |
Resepi kuih keria |
6. Tos minyak dan sejukkan sementara kita siapkan pula saduran gula. Untuk sadur gula pada kuih keria kak ana ada kongsikan videonya di bawah nih :
Cara sadur gula kuih keria
1. Panaskan kuali, masukkan gula pasir, air dan sedikit minyak masak.
2. Kacau hingga berbuih-buih dan masukkan kuih keria yang dah di goreng . Matikan api , golek-golekkan kuih keria hingga gula mengeras dan berketul. Angkat dan tos kan.
![]() |
Resepi kuih keria |
Siap dah kuih keria keledek kita dengan saduran bedak sejuknya. Kuih keria ni base dia manis keledek tu sahaja , saduran gula yang menjadikannya manis. Boleh di jadikan sajian minum petang atau pun sarapan. Cuba naa.. hidupkan menu kuih muih lama ni agar tidak pupus di telan zaman.
Laa nih banyak kuih-kuih moden yang lebih sedap-sedap dan kebanyakan menu moden ni berasaskan cheese dan cream. Ala-ala barat yang menjadi kegemaran anak-anak masa kini. Kalau kita tak teruskan kuih-kuih lama ni, anak-anak tak kenal nanti.
Tak kata anak orang lain, anak-anak kak ana pun tak berapa nak makan kuih-muih lama nih. Tapi kak ana buat kan juga selagi masih ada kudrat pinjamanNya.. Paling tidak mereka kenal lah kuih gini walaupun bukan kuih kesukaan tapi depa makan jer bila kak ana buat.. Semoga bermanfaat..
6 Comments
Rajinnya kak ana buat kuih.sedap la keria ni
ReplyDeleteFevret sy ni sis =D
ReplyDeleteRajin betul Kak Ana...SA suka tapi x leh makan banyak..angin badan..
ReplyDeleteNampak sedap sangat, sekian komen dari peminat kuih keria, hehe.
ReplyDeletetak reti betul buat kuih senagkatan mcm nie, dok rasa2 macam lembik lagi..tambah2 tepung, siap goreng, keras kung.. hahaha
ReplyDeletewaahhhh sedap ni kuih keria!
ReplyDelete