Kak ana ada menerima jemputan untuk mempromosikan pembukaan baru outlet Vivo Pizza di Elmina, Shah Alam. Ingatkan lokasi nya di Elmina Lakeside rupanya bukan, ia terletak di Temu Elmina kira bersebelahan jalan utama dengan kompleks Elmina Lakeside tu. 

Berada di Temu Elmina deretan kedai makan sahaja kebanyakannya di sini. Meriah .. Dan kebanyakannya adalah kedai makan milik muslim kat sini. Alhamdulillah dan Vivo Pizza ni juga adalah premis makanan Halal . Jadi tak ragu-ragu lah kita menikmatinya, In Syaa Allah.. 


Vivo Pizza , Elmina , Shah Alam
Vivo Pizza di Temu Elmina, Elmina, Shah Alam 


Kak ana sampai malam, lepas waktu Maghrib, kami cari surau berdekatan dahulu untuk solat sebelum ke outlet Vivo Pizza di Temu Elmina nih. Masa masuk tu tak ramai lagi pelanggan, adalah dalam dua tiga meja sahaja. 

Kak ana ke sini untuk memperkenalkanlah pembukaan outlet baru di sini dan juga ada dua kempen promosi yang sedang berlangsung sehingga 13hb Julai 2025 sempena pembukaannya. Jom kak ana kongsikan dua kempen promosi yang sedang berjalan.. memang berbaloi untuk di nikmati bersama. 


Vivo Pizza Elmina
Restoran Vivo Pizza, Temu Elmina, Shah Alam 


Vivo Pizza  di Temu Elmina, Shah Alam 


Untuk ke sini korang waze sahaja lah Vivo Pizza Temu Elmina, In Syaa Allah sampai. Kak ana mai melalui lebuhraya Guhtrie exit Elmina. Lama dah tak lalu jalan ni sebab selalunya kalau ke Shah Alam kami guna jalan Persiaran Mokhtar Dahari melalui Puncak Alam, jalan free hehe :) 



Vivo Pizza  di Temu Elmina, Shah Alam
Vivo Pizza Hawaiian Chicken 


Untuk promosi pertama yang sedang berlangsung di Vivo Pizza , Elmina nih adalah peraduan teka flavour pizza . Korang boleh menyertai peraduan ni di kaunter , tanya lah pada staff yang bertugas. Sekiranya korang dapat meneka dengan tepat flavour pizza yang di pamerkan, korang akan dapat satu pizza percuma untuk hari tu. 

Peraduan ni limit untuk satu penyertaan untuk setiap meja yang dine-in sahaja. Ia juga untuk 200 pemenang pertama sepanjang kempen ini berlangsung mulai 10hb Jun hingga 13hb Julai 2025 . Kena cepat naa.. 

Tapi kak ana kali pertama lah makan pizza dari Vivo Pizza , sebelum pernah je makan di outlet Vivo Pizza yang lain tetapi tak pernah order pizza depa. Hat kak ana makan malam ni, sedap sangat hawaiian chicken pizza depa. Lembut rotinya tak garing sangat dan flavour serta topping sesedap rasa. Boleh lah repeat nanti di lain masa.. sebab kena sangat dengan selera kami berdua malam tu. 


Signature Dishes Vivo Pizza
Signature Dishes Vivo Pizza 


Selain contest teka flovour pizza tu, ada juga promosi beli salah satu signature dish Vivo Pizza dan korang boleh dapat diskaun 50% untuk menu kedua signature dish mereka. Kat atas tu kak ana kongsikan antara 10 Signature Dishes di Vivo Pizza yang korang boleh pilih dan dapatkan 50% untuk menu kedua. 



Vivo Pizza  di Temu Elmina, Shah Alam
seafood spaghetti aglio olio

Malam tu suami makan seafood spaghetti aglio olio . Dan menu kedua kak ana pilih untuk makan Tropica Chicken Grill . Kedua menu ni sedap dan okay sahaja pada selera kak ana. Seafood Spaghetti tu agak pedas sedikit mungkin terlebih chili flakes agaknya :) 


Vivo Pizza Elmina Shah Alam
tropica chicken grill 


Tropica chicken grilled ni pun sedap sahaja dengan selera kak ana. Unik sebab ada baked pineapple sekeping kat situ. Manis-manis masam rasanya. Cuma ia di hidangkan dengan chili sos dan buka gravy sauce.  Atau mungkin ayam tu di makan begitu sahaja dan sos cili pula untuk fries. Ikutlah nak makan cara mana kan.. 

Air minuman kami minum 2 gelas teh o ais lemon. Alhamdulillah kenyang makan dan kami cepat-cepat keluar sebab sedar tak sedar dah ramai yang queue nak masuk makan malam tu. Boleh di katakan full house dah outlet masa kami keluar . 

Memang berbaloi kan makan di Vivo Pizza ni sempena promosi pembukaannya di Temu Elmina, Elmina Shah Alam.. Kalau jalan-jalan Elmina dan tak tahu nak makan mana, bolehlah singgah ke Vivo Pizza. Semoga bermanfaat.. 

0 Comments