Kita ni kan, kalau dah serasi makan kat satu-satu tempat tu, selesa, menu pun sedap-sedap dan harga pun berbaloi dan mampu makan, kata orang.. pasti akan datang sekali lagi kan. Tempat yang pernah ana ceritakan dengan korang sebelum ni di SINI , tahun lepas, kali ini kami maii lagi ke Kilang Kitchen, Setapak ni buat kali kedua. Kali ni kami sampai lepas Maghrib jadi suasana dia makan malam kat sini. 

Macam sebelum nya, tempat ni selalu penuh tapi In Shaa Allah ada sahaja meja kosong untuk korang nanti. Salah satu tarikan makan di Kilang Kitchen ni ialah jualan makanan nya adalah dari gerai-gerai yang berbeza-beza menu. Macam-macam pilihan dan unik2 juga lah. Maksud ana tak lah menu biasa macam goreng-goreng atau tomyam sahaja kat sini, pendek kata macam-macam ada. 





Mehh tengok apa yang kami makan kat sini malam tu, menu sempoi semuanya. Makan malam kan tak nak lah yang heavy sangat kecuali tengah lapar tu memang makan juga lah nasi. Kesemua peniaga di sini pastilah orang Melayu, so jangan risau bagi yang pertama kali nak try makan di Kilang Kitchen ni kay, semua peniaga orang kita menyajikan menu HALAL pastinya. 

Apa yang sedap makan di Kilang Kitchen, Setapak 




Kali ni ana dan suami masih memilih untuk makan takoyaki dari gerai TAKO MAHARAJA kat sini. Sebabnya ia sangat sedap. RM6 untuk 6 biji takoyaki gemokss. Kami pilih campur ayam, udang dan sotong. Taukeh dia tak kedekut sos dan mayo serta bonito flakes. Itu yang awesome. Rasa pun sedap. Ada isi udang atau sotongnya. 







Anak-anak ana, kali ni pun masih nak makan pencuci mulut wafle dan crepe coklat yang melimpah ruah ni. Crepe tu harganya RM6 dan wafle pula RM7 sahaja. Sedap juga ni. 




The best part nak cerita dengan korang, niii haa.. Bingsu dia... Mak aii. Heaven sangat kan. Satu mangkuk Bingsu mangga ni berharga RM12 tapi cukup sedap, cukup manis, lemak merdu. Aiskrim di besar, potongan buah mangga pun banyak dan mangga manis sangat. Sos mangga yang berlinang kat atas aiskrim tu pun sedap. Shaved ice Bingsu ni pun sedap rasa susunya dan lambat cair. Korang datang sini kena cuba tau. Ni review ikhlas dari hati ni, bukan review berbayar tau. Kami makan dan bayar sendiri , hehe... Sedap ana akan review dan kongsikan dengan korang. Kalau tak sedap tu mungkin tak berapa kena dengan selera analah, citarasa kita kan berbeza. Sebab tu sedap pada ana, ana terbitkan, tak kena dengan selera diam-diam sahaja lah kan. :) 





Kak long makan chicken chop ni. Pada ana chicken chop ni biasa sahaja rasanya. Macam yang ada kat mana-mana gerai western. Cuma kuah gravy tu agak cair sedikit. Tu je, lain-lain just okay lah. No komen sangat.




Adik Ika dia makan ayam pedas korea ala-ala K-Fry tu. Sedap juga tak terlalu pedas dan cukup masak garing ayamnya. Sos dia pun just nice kata orang Perak . Hehe :) 

Ermm.. lepak makan malam kat Kilang Kitchen ni ada juga hiburan live penyanyi buskers. Lagu-lagu pun retro memang layan lah kan sambil santai-santai makan malam. Sat gi budak-budak busker ni datang kat meja, kita berilah tips seikhlas hati. Depa pun nak cari rezeki gak sambil menghiburkan kita. 

Okaylah, kalau korang nak cari port makan lepak malam mehh la ke Kilang Kitchen yang terletak di Setapak ni. Waze je jumpa lah nanti. Parkir kenderaan pun banyak dan free, depan tu ada kedai RM2 besar lagi mak-mak nak beli belah hehe. Selamat menikmati juadah enak di Kilang Kitchen, naa :) 

4 Comments

  1. SA tak pernah tau pun tempat ni...menarik ni kak ana..mana tau satu hari nanti kak ana bawak SA lepak sini plak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh lah SA kalau kebetulan berada di area setapak belah malam singgah try kay :)

      Delete
  2. aduh makanan dia.. mmg nampak sedap sangat. Nak kne singgah try makan kat sini jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa singgah la Fiza try menu2 kat sini :)

      Delete